Sebelum subuh suasana yang aman lagi tenteram di sekitar perumahan dimana Ari menetap, tepat jam 6 pagi handphone miliknya berdering menandakan dia patut sedar dari lenanya. Ari menekan punat menghentikan deringan tersebut, Ari bangun dari sofa tidurnya, bangkit lalu menuju ke bilik air. Selesai mandi Ari pun bersiap lengkap bersedia untuk menunaikan solat subuh. Beberapa minit kemudian, sayup-sayup kedengaran azan berkumandang jauh dari situ, Ari pon menunggu sehingga azan tersebut selesai lalu ditunaikan tanggungjawabnya. Selesai solat Subuh, Ari kedapur menyediakan sarapan, Ari memerhatikan jam didinding, masih lagi awal difikirkannya. Selesai bersarapan, Ari pon naik menuju ke biliknya menyalin pakaian, nampak segak berkemeja lengkap bertali leher, seluar slack hitam nampak kemas disarungnya. Ari pun menyapai jaket lalu menuju kebawah, menyapai helmet berserta kunci motornya. Sesudah mengunci pintu rumahnya, Ari pon menuju ke motor burger miliknya, diusap-usap kepala motornya itu menandakan betapa sayangnya dia, lalu dia pun menuju ke motor miliknya yang lagi satu, Yamaha XJ6 Diversion berwarna merah garang. Ditolaknya menuju keluar rumah, mengunci pagar lalu dihidupkan enjen motornya itu. Ari pon bertolak dengan ngauman dari motornya. Selang setengah jam Ari menunggang, dia pun sampai ke sebuah bangunan tinggi, terpamir Firazana Holdings dibangunan tersebut, selesai memakir motornya dengan kemas, Ari pun menuju masuk ke bangunan tersebut. "Selamat pagi Encik Fahzri", kedengaran suara gadis yang bertugas di kaunter tersebut menyapanya. Ari pun membalas dengan senyuman. Ari menuju ke lift, lalu ditekan nombor 5 dimana pejabat miliknya berada. "Pagi Ari, awal hari ni", sapa jejaka tak kurang kacaknya, Rahman (24) namanya.
Ari, "Biasalah pagi-pagi ni tentu sibuk kat pejabat nanti"
Man, "Alaaa.... kau kan bijak, tentu keja-keja kau tu siap dengan cepat, jeles aku tengok kau ni"
Ari, "Apa yang nak dijeleskan, masing-masing kan ada tugas tersendiri"
Man, "Yelah-yelah, ni karang nak join sarapan tak"
Ari, "Kat mana"
Man, "Kat tempat biasalah"
Ari, "Agak dah, kau ni pon satu, kalau nak tu cepat-cepat lah, karang disambar pulak"
Man, "Heh, segan ar aku, ni first time aku jatuh cinta betol-betol"
Ari, "Tuh la kau, playboy sangat dulu"
Man, "Itu pun dulu, aku insaf dah lepas jumpa dia"
Ari, "Baguslah... ok la, sampai dah ni, aku masuk keja dulu"
Man, "Hati-hati dengan Lady Boss ko tu, hehehe"
Ari, "Ish ko ni, boss aku, kena la hormat, k ar sarapan time biase ea"
Man, "Ow right...."
Ari membuka pintu cermin selang beberapa langkah dari pintu lift tersebut. Ari menuju ke pejabat miliknya, kedengaran beberapa sapaan dari pekerja-pekerja yang berkerja dibawah naungannya, Ari hanya membalas dengan senyuman ringan. Ari membuka pintu pejabatnya lalu terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Dia menekan punat CPU, bersedia untuk melakukan kerja-kerjanya. "Boleh saya masuk Encik Fahzri?", kedengaran pintu pejabatnya diketuk. "Masuklah", kata Fahzri. Seorang gadis bernama Mariana (20) masuk kedalam pejabat milik Fahzri.
Ana, "Ini laporan kewangan semalam, segala belanja dan keuntungan ada didalam, termasuk belanja yang digunakan oleh puan"
Ari, "Fira ni, tak habis-habis nak berfoya-foya"
Ana, "Ada apa-apa lagi sebelum saya teruskan kerja saya?"
Ari, "Ada, esok akan ada breefing berkenaan tender Dato' Samad, tolong arrangekan waktunya dan informkan sekali kepada Zaki, prepare segala yang berkaitan, kerana ini adalah peluang dia untuk maju, juga demi syarikat"
Ana, "Baik Encik Fahzri"
Ari, "Satu lagi Ana, tah payah berencik-encik dengan saya, Ari dah memadai, saya tak berapa suka berformal, when have an important person only you can formality with me, semua staff perlu begitu, ok?"
Ana, "Baiklah"
Ari, "Ok, itu sahaja. Oh ya, puan kemana?"
Ana, "Tadi dia ada disini, lepas tu dia keluar tak tahu kemana"
Ari, "Dekat sini, meja saya ni"
Ana, "Ya"
Ari, "Ok lah, kamu boleh sambung kerja"
Ana, "Terima Kasih"
Ari bersandar dikerusinya, "Apa yang Fira nak pagi tadi agaknya?", fikir di dalam hati Ari. Ari menatap di monitor miliknya, ada satu icon yang pelik terpamir di desktopnya. Lalu dibukanya file tersebut. "Selamat pagi ! Semoga pagi ini awak dengan penuh ceria dan success-success selalu! Muah dari sahabatmu, Firazana", satu pesanan suara dimainkan. "Fira ni, ini keja dia pagi-pagi lagi, main-main je", Ari mengeluh, tidak terpengaruh dengan kejutan tersebut. Ari pun mula dengan kerjanya, laporan pada pagi tersebut perlu disiapkan, kerja yang akan datang juga Ari bersiap sedia, senang nanti dia akan selesaikan kemudian. Begitulah Ari, apa sahaja kerja yang perlu dia siapkan, akan dia siapkan, tak ingin dia melihat mejanya penuh dengan dokumen-dokumen yang masih tertangguh. Ari memandang jam dimejanya, sudah hampir pukul 9 pagi. Ari pun segera bangun dari kerusinya, keluar dari pejabat miliknya. "Tolong tengok-tengokkan pejabat saya ye Nina", pesan Ari kepada setiausahanya. "Baik Ari, sarapan ke?" jawab Ninazura (20).
Ari, "Yup, karang Man melalak pula, dah lambat ni"
Nina, "Ok, ada apa-apa pesanan ke?"
Ari, "Tiada, I am proud to have you all under my command, Appriciate it"
Ari hanya tersenyum lalu dia pun menuju ke lobi di tingkat paling bawah. Kelihatan Man masih lagi belum tiba. Ari masih lagi menunggu. Selang beberapa minit.
Man, "Ari! Sory lah lambat, kena bebel tadi"
Ari, "Asal..."
Man, "Lady Boss ko la... ntah apa yang dia makan ntah, melalut je, datang bulan kot, tak pon rindukan ko, hahaha"
Ari, "Ish ko ni, dia kan dah ada boyfriend, dah nak bertunang pon"
Man, "Orang dah berkenan bro, dah lah, jom kita"
Ari, "Yela-yela, ko belanja ea..."
Man, "Ok je... jom kang menunggu pulak kekasih di hati ini..."
Ari, "Ceh! Berangan ar ko, apa-apa pun aku sokong"
Man, "Trimas bro...."
Man tersenyum lebar. Ari bersama Man menuju ke kereta milik Man, tersergam Proton Wira yang habis diubahsuai. Mereka pun menuju ke kafe yang dihajati oleh Man. Sesudah mereka pergi, kelihatan kelibat seorang gadis yang cantik, cukup menawan, anak kepada Dato' Khair pemilik sebenar Firazana Holdings. Gadis itu adalah Firazana (22), memiliki kekayaan, kebijaksaan, kecantikan. Seringkali dicemburui oleh para gadis dan dikejari oleh para jejaka. Tetapi bukan mudah untuk memikat hati gadis ini. Fira hanya memerhati dari jauh kerenah Ari dengan pandangan yang dalam, teringat dia kali pertama berjumpa dengan Ari dua tahun lepas.
No comments:
Post a Comment