Kedengaran pertarungan dan berbalas-balas antara senjata, pertarungan yang sengit tak dapat dielakkan lagi. Tidak jauh dari situ, ada sekumpulan yang berlari menyelamatkan diri. Fuza Permatang sambil mengendong adiknya Miria Permatang yang dilindungi oleh Panglima1 dan Panglima2.
Semakin jauh mereka berlari, semakin berkurangan pertarungan itu kedengaran. Mereka tiada pilihan lain, mereka perlu hidup demi mereka yang berkorban, terutama sekali abangnya, Fira Sutra. Masih menjadi tanda tanya kenapa anak raja yang sulung mengambil nama bondanya sebagai nama keluarga. Ia kononnya dikatakan ialah permintaannya sendiri kerana bondanya meninggal dunia setelah dia selamat dilahirkan. Fira Sutra ingin nama bondanya masih terpahat dihati setiap rakyat walaupon bondanya itu Permaisuri Ke2.
Sambil berlari, Fuza teringat segala kerenahnya bersama abangnya. Abangnya yang kurang berminat dengan hal-hal Diraja sering melarikan diri dari kelas pembelajaran diraja, dia lebih berminat dengan seni serangan iaitu Ilmu, cenderong dari bondanya sendiri yang asalnya dari tentera kerabat diraja. Fira Sutra sentiasa memberi alasan untuk bermain bersama-sama Fuza Permatang dan juga Miria Permatang yang masih kecil.
Setelah berjam-jam mereka berlari...
Panglima1: Tuanku Fuza, hamba dapat rasakan deruan angin yang kuat dihadapan.
Panglima2: Menurut tafisiran hamba, terdapat pantai dihadapan, dan berdekatan dengannya patut ada kampung tinggal.
Fuza: Baiklah, kita berehat seketika disana, nampaknya abangku telah menunaikan janjinya, tiada siapa pon yang mengejar kita.
Panglima2: Hamba setuju, sejak dari tadi hamba langsung tak dapat rasa kelibat seorang pon yang mengejar dibelakang.
*Setelah beberapa minit....*
Panglima1: Dah sampai, itu pantainya.
Panglima2: Itu kampungnya, aku harap masih ada lagi bekalan-bekalan yang tertinggal.
Fuza: Baiklah, mari kita berehat seketika, Miria masih belom sedarkan diri lagi. Harap dia sedar keesokan hari.
*Setelah mereka tiba di kampung tinggal tersebut, mereka pon cari tempat teduh yang sesuai dan selamat.*
*Ada sebuah rumah yang cukup besar untuk mereka berempat, malah bekalan makanan yang tertinggal juga terdapat didalamnya*
Panglima2: Sini sesuai untuk kita berehat sampai esok pagi.
Panglima1: Aku pergi cari bahan-bahan untuk membalut luka.
Panglima2: Baiklah, serahkan kat sini kepadaku, hati-hati.
Panglima1: Kau juga. Hamba pergi dulu tuanku.
Fuza: Baiklah, hati-hati.
*Fuza mencari alas atau tikar supaya boleh dibentangkan untuk adiknya, Miria Permatang*
*Sambil membaringkan adiknya, dia berkata*
Fuza: Aku tak sangka, kau mengalami situasi macam tu, ayahanda mati didepan mata kau, aku pula tiada disitu, abang pula tak sempat untuk menanganinya. Bonda Leanda juga tak dapat diselamatkan.
Fuza: Sekarang pula, abang Fira berkorban demi kita berdua, aku tak tahu apa yang perlu aku buat lepas ni.
*Tiba-tiba Panglima1 mencelah, baru sahaja selesai dari mengumpul bahan-bahan perubatan*
Panglima1: Hamba tak bersetuju dengan fikiran tuanku, Tuan Fira bersama Farah. Mereka tentu selamat.
Fuza: Farah? Panglima yang tinggal disisi abang patik?
Panglima1: Ya, Farah adalah salah seorang panglima yang sukar ditumbangkan. Ia juga digelar Taufan Laut, dimana dia mahir dengan segala Ilmu yang berkaitan air dan juga mahir dalam Seni tarian berpedang.
Fuza: Baguslah, patik mula rasa lega. Harap mereka berdua selamat.
Panglima1&2: Betol tu.
*Mereka bertiga senyum bersama-sama. Malam itu, Panglima1 dan Panglima2 bergilir-gilir untuk berjaga, Menghadapi segala situasi yang bakal berlaku*
*Sehingga keesokan pagi, kedua-dua Fuza Permatang dan juga Miria Permatang tidur dengan nyenyak. Kedua-dua panglima itu juga dapat berehat dengan secukupnya*
Miria: Erm...
Panglima2: Tuanku?
Miria: Patik dimana? Ayahanda dengan bonda selamat? Abang? Abang Fira dimana?
*Miria Permatang tertanya-tanya memandangkan Fira Sutra tiada kelihatan*
Panglima2: Tuanku Diraja dan Permaisuri tak sempat diselamatkan, Tuanku perintah hamba dan beberapa panglima istana untuk membawa tuanku berdua bersama-sama tuanku Fira ke tempat selamat.
Miria: Jadi? Dimana abang patik? Fira.
Fuza: Abang tinggal semasa kita melarikan diri demi kita semua.
Miria: Tak mungkin, adik tak nak abang Fira juga...
*Panglima2 menyampuk*
Panglima2: Tuanku Fira takkan mati, lagipon dia terkenal dengan Seni dan Ilmunya yang jarang dilihat.
Miria: Be... betul tu. Jadi sekarang, apa lepas ni?
Fuza: Semasa dalam larian, abang Fira sering katakan ada beberapa kampung dan kawasan yang masih selamat. Salah satunya adalah kampung halaman pakciknya, selang beberapa kampung dari istana.
Miria: Baiklah, kalau abang Fira selamat, dia juga tentu kesana.
Fuza: Betul tu, panglima. Mari kita bersiap-siap. Oh ya, siapakah nama kamu berdua?
Panglima1: Hamba bernama Rid Hagneel, mahir dalam Ilmu seni pedang.
Panglima2: Hamba pulak Lee Ondra, mahir dalam Ilmu seni pedang pertahanan.
Fuza: Huh, patik juga harap boleh memahiri Seni atau Ilmu, tapi tak boleh.
Lee: Di bumi ini tak semua manusia ada Ilmu ini tuanku, tak perlu rasa kecewa.
Fuza: Tak apa, lupakan, mari kita semua berangkat. Disini pon kita tak boleh tinggal lama-lama. Oh ya, luntuhkan segala formal diraja buat masa kini.
Miria,Rid&Lee: Baik!
*Mereka berempat pon bertolak dari kampung tinggal tersebut menuju ke kampung yang disebutkan oleh Fira Sutra, dimana pakciknya ada disana*
Sepanjang perjalanan mereka, tiada kelibat pon atau tanda-tanda mereka diekori atau dipantau oleh puak-puak lain. Walaupon mereka berada dikawasan yang mejoritinya dari puak mereka sendiri, mereka juga perlu berhati-hati. Sampai di kampung pertama, mereka mula menanyakan arah kekampung yang hendak dituju. Setelah banyak bertanya, kebanyakannya penduduk dikampung tersebut tak tahu dimana kampung yang cuba diterangkan oleh mereka. Mereka membuat keputusan untuk bersiap-sedia untuk ke kampung selanjutnya.
Mereka berempat memulakan perjalanan sekali lagi, merempuh gunung-ganang, hutan belukar, padang hijau bersama-sama. Didalam perjalan mereka, Fuza Permatang masih lagi memikirkan bahawa dia juga mahu mahir dalam seni. Setelah lebih kurang 3 hari perjalanan, mereka sampai ke kampung berikutnya. Mereka amat terkejut, dikampung tersebut kesemuanya mahir dengan Ilmu, tidak kurang seorang pon yang tiada dengan Ilmu, bahkan budak kecil juga sudah boleh menggunakan salah satu Ilmu tahap biasa. Setelah mereka diizinkan untuk masuk ke kampung, mereka pon ditujukan ke Ketua Kampung, Pak Cheq.
Pak: Selamat datang ke Kampung Ilmuan Batiniah. Panggil saja saya pakcik.
Fuza: Ilmuan Batiniah? Tak pernah dengar.
Pak: Betol tu, kampung ni memang terpencil, dan kamu juga patut sedar, kampung ni wujudnya tiga-tiga puak sekali, Mira, Cyntia dan juga Inga bersatu.
*Mereka semua terpinga-pinga bagaikan tak percaya*
Rid: Tadi pakcik katakan kampung ini bernama Ilmuan Batiniah, adakah disebabkan semua penduduk ini mahir dengan Ilmu?
Pak: Dan Batin.
*Mereka semua memandang sesama sendiri*
Dengan ketibaan mereka ke Kampung Ilmuan Batiniah, mereka telah dekejutkan dengan Ilmu yang baru, apakah Ilmu ini?
*~BERSAMBUNG~*
klik sini untuk sketsa berikutan
Segala berkaitan, berkenaan, kena - mengena dan adik beradiknyalah dengan game, animasi dan segala kaitan dengan fantasi pemikiran manusia yang naif
Followers
Monday, 9 January 2012
Sunday, 8 January 2012
Jati Diri Part 1 - Terpisah
Bumi, tempat dimana insan bergelar manusia bertungkus-lumus menempuhi kehidupan yang penuh dengan pancaroma kerenah manusia. Sentiasa sahaja ada perbalahan sesama pihak yang berkaitan antara perkauman. Miriana, salah sebuah negara yang bertamadun era pertengahan juga dalam kekejaman dunia.
Di malam sunyi dengan kegelapan hutan, ada sekumpulan puak sedang berlari tanpa arah tuju. Dikejar oleh puak yang lain seolah-olah peperangan akan berlaku.
Puak yang dikejar adalah puak Mira, populasi tertinggi di Miriana, puak ini juga yang memerintah Miriana. Ada perselisihan antara puak yang mengejar, puak Cyntia, puak yang datang dari jauh mula menetap di Miriana sejak 20 tahun.
Konflik mula berlaku dengan kemunculan pihak ketiga, puak Inga yang juga datang dari jauh menetap di Miriana sejak 10 tahun. Mewujudkan perselisihan fahaman antara dua kaum, Mira dan juga Cyntia dengan mereka cerita puak Mira akan musnahkan dua puak yang lain iaitu Cyntia dan juga Inga.
Berbalik pada sekumpulan yang dikejar tadi, terdiri dari golongan diraja dan kerabat, anak pertama Raja Permatang dengan Permaisuri Ke-2 Sutra bernama Fira Sutra (20 tahun). Bersama dengannya dua lagi adiknya, anak kedua dan ketiga Raja Permatang dengan Permaisuri Utama Leanda bernama Fuza Permatang (15 tahun) silelaki dan Miria Permatang (14 tahun) siadik perempuan.
Fira: Cepat, mereka hampir dekat tuh! Kita perlu sampai dirumah pakcik tak kira apa pun.
Panglima1: Tuanku Fira, patik akan pastikan tuan bertiga akan sampai dengan selamat.
Fira: Panggil aku Fira sahaja. Yang penting kita perlu selamat. Aku mengharapkan kamu bertiga.
Panglima1,2&3: Baik!
Fira: Fuza, kamu tak apa-apa? Kalau kau rasa penat, mari abang gendong kamu juga, lagipon abang dah biasa gendong kamu berdua sekali sejak kecil.
Fuza: Tak perlu, saya masih boleh berlari.
Fira: Baguslah, abang memang perlukan kamu kalau apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Panglima3: Tuan Fira, nampaknya jerat yang ku pasang tadi mengena. Bilangan yang mengejar juga berkurangan walau sedikit.
Fira: Baguslah, tapi nampaknya mereka juga semakin dekat. Agaknya yang kejar kita ni mahir dalam Seni.
Panglima1: Macam mana tuan, hanya kami berempat sahaja yang mahir dalam Seni ni tuan. Dalam anggapanku, mereka kesemuanya mahir dalam Seni, 6 kesemuanya.
Fira: Nampaknya kita takde pilihan lain. Kita perlu....
*Dengan tiba-tiba suatu cahaya terang menghampiri mereka*
Fira: Hati-hati!!!!!!!!!
*Dengan sepantas kilat Fira Sutra kebelakang dan sambil memeluk Miria Permatang, dia belakangkan cahaya tadi*
*Boooooommmm!!!!!! Dentuman yang cukup kuat kedengaran, mereka semua terjatuh kecuali Fira Sutra yang masih menahan serangan tadi*
Fuza: Abang!!!!! Abang tak apa-apa ke?
Fira: Tak apa-apa, serangan ni biasa saja. Dukung Miria sekejap.
Misteri1: Hahahaha..... Serangan aku kau kata biasa saja? Jangan nak tipu lah, kita dah biasa satu lawan satu kan...
Fira: Suara ni, Man Fah!
Man: Hai, Fira.
*Fira Sutra dan Man Fah (20 tahun) bertentangan mata*
Man: Aku tak sangka kita akan bertentangan disituasi macam ni, memandangkan disekolah kita adalah kumpulan Seni yang terhebat.
*Di sini, Seni dikatakan suatu seni tahap serangan, di Miriana, sekolah Seniah dibina untuk mendalami seni ini tergolong dari semua puak dalam satu sekolah. Manakala Ilmu pula seni tambahan yang merangkumi elemen yang terbahagi kepada Api, Angin dan Air*
Fira: Aku pon begitu. Tapi aku nak katakan, puak aku tak macam yang kau dengar, aku pon tak tahu menahu asal usul cerita sedemikian!
Man: Kau masih nak katakan tentang tu? Kau tau, puak aku didapati mati dengan senjata puak kau disebelahnya. Apa lagi kesimpulan yang perlu diambil kira dalam kejadian tu?
Fira: Sebab tu lah, aku wakilkan diri aku untuk siasat perkara ni, memandangkan aku ada kaitan dengan pihak tentera!
Man: Kau, tentera? Aku pon peliklah, sepatutnya kau ditabalkan menjadi raja sekarang ni, memandangkan Yang Dipertuan Tuanku Raja Permatang sudah pon mangkat di bunuh. Aku patut gelar kau Tuanku Fira Sutra. Oh! Maafkan hamba, Tuanku.
Fira: Sudah! Aku tak mahu ingat perkara tu lagi! Apa yang kau mahu sekarang?
*Fira Sutra masih lagi berdiri didepan sambil pertahankan kedua-dua adiknya, ketiga-tiga panglima berdiri sambil membuka langkah Seni masing-masing disampingnya*
Man: Hanya satu yang aku diperintahkan, ketiga-tiga darah diraja perlu mati.
Fira: Tak guna.
Man: Memandangkan kau dah pon hampir-hampir macam ni, tak perlulah meronta-ronta, serah diri, mungkin kamu semua dapat hidup lama sikit.... kot.
Misteri2,3,4&5: Hahahahaha....
*Fira Sutra sambil menjeling kearah Man Fah dia berbisik kepada Fuza Permatang, adiknya*
Fira: Kau boleh berlari lagikah? Aku nak kau gendong Miria bersama.
Fuza: Apa rancangan abang? Apa yang abang nak buat?
Fira: Aku tak ada pilihan lain, kamu bertiga, aku nak salah seorang dari kamu bersama aku, yang lagi dua, lari bersama kedua-dua adik aku ke rumah pakcik.
Fuza: Fuza tak setuju, kalau kami semua bersatu, tentu dapat mengalahkan mereka semua.
Fira: Bodoh! Itu lah yang mereka nak. Sekurang-kurangnya aku perlu pastikan kau dan Miria hidup.
Fuza: Tak, Fuza tak setuju, abang yang perlu hidup sebab abang akan ditabalkan menjadi Raja Miriana nanti.
Fira: Tidak, Miriana tak perlukan orang macam abang untuk menjadi raja, Miriana perlukan bijaksana seperti kau untuk memerintahnya.
Fuza: Tapi bang.
Fira: Takde tapi tapi lagi. Siapa diantara kamu bertiga yang sudi bersama aku.
Panglima3: Patik tuanku.
Fira: Kan aku dah bagitau tadi, Fira saja dah memadai.
Panglima3: Baik
Fira: Kamu berdua, aku serahkan kedua-dua adikku didalam jagaan kamu berdua, pastikan mereka selamat.
Panglima1&2: Baik!
Fira: Dalam kiraan tiga, kamu berempat perlu berlari sekuat-kuat yang mungkin, jangan bimbang, aku akan pastikan tiada seorang pon dari mereka akan mengejar kamu.
Fuza: Abang, kau perlu hidup.
Fira: Abang tak boleh janji adikku, tapi abang janji, abang akan berada disisi kau, bila-bila masa kau perlukan abang.
Fuza: Janji.
Fira: Em, abang janji. Tolong jaga Miria baik-baik, bagitau pakcik nanti tentang segala-galanya.
Fuza: Baiklah.
Fira: Dalam kiraan tiga, dua....
*Fira Sutra membuka langkah Seninya, begitu juga Panglima3*
Fira: Satu!!!!
*Panglima1 mendahului dalam larian diikuti Fuza Permatang sambil mengendung Miria Permatang diikuti Panglima2 sambil melindungi dibelakang*
Man: Jangan harap nak lari.
*Man Fah sambil mengangkat tangan memberi isyarat*
Man: Kau berdua! Kejar mereka!
Misteri2&4: Baik!
Fira: Jangan harap!!!!!
*Sambil membuat isyarat tangan, tiba-tiba ada suatu kuasa angin terkumpul di kedua-dua tangan Fira Sutra*
Fira: Ilmu Angin: Belahan Badai!!!
*Misteri2 dan Misteri4 tiba-tiba jerit kesakitan, kelihatan ada tanda-tanda belahan pedang atau pisau ditubuh mereka*
Fira: Langkah mayat aku dulu!!!!!
*Panglima3 tergamam sebentar, dan membuka langkah Ilmunya setelah meyakinkan diri*
Fira: Siapa nama kau?
*Panglima3 tersentak*
Panglima3: Hamba? Fa.. Farah tuan. Farah Tinia.
Fira: Baiklah Farah, aku perlukan kau untuk bersama aku seumur hidup.
Farah: Baik!
*Man Fah yang dari tadi terkaku kegeraman, sambil mengetap giginya*
Man: Kau memang nak mati. FIRA!!!!!!
Fira: Marilah, aku masih lagi mampu berdiri, MAN!!!!!
*Man Fah menyerbu kearah Fira Sutra dan Farah Tinia (19 tahun) diikuti Misteri3 dan Misteri5. Pertarungan pon berlaku diantara mereka*
Dipihak yang lain pula, Fuza Permatang dan yang lain-lain masih lagi berlari-lari didalam hutan tebal, mengharapkan mereka sampai ke detinasi dengan selamat.
*~BERSAMBUNG~*
klik sini untuk sketsa sambungan
Jati Diri (pengenalan)
Siri "Jati Diri" adalah aku punye khayalan semata-mata mengisahkan perjalan seorang remaja yang berfikiran meluas tentang keadilan. Tiada yang berkaitan dengan hidup atau mati. Betol, ianya hanyalah khayalan aku semata-mata, hanya nukilan yang terpahat dikepala aku nih, apa yang aku terpikir, aku taruk, susun dan buat cerita....... ok to the stori.......
klik sini untuk episode pertama
klik sini untuk episode pertama
Assassin Creed 2
Ok, kesinambungan kisah si Desmond yang x abis2 suka menyelinap kisah moyang beliau, biasa la.... rare case. Sesudah beliau dpt melarikan diri dari doktor penipu (org Templar), Desmond sekali lagi memasuki alat ala2 menyelami memori yang kali ini menyelami kisah moyang yang kendiannya yakni Ezio Auditore da Firenze. Seorang ternama ketika abad Renaissance, juga seorang assassin yang ternama walaupon dia sndiri tidak tahu menahu yang dia asalnya dari keluarga tersebut. Plot game dari mula,mengisahkan bagaiman Ezio terlibat dalam peperangan antara dua pihak yang x abis2 berkecamuk, Assassin dengan Templar. Awal2 lagi keluarga beliau iaitu ayah, abang dan adik lelakinya digantung bunuh disebabkan tuduhan melampau (Templar mmg pandai putar belit minda orang). Jadi Ezio bersama ibu dan adik pompuannya terpaksa melarikan diri ke bandar kecil berdekatan, tanpa disangka tempat itu adalah base kecil assassin dan juga tempat tinggal pakciknya juga seorang assassin. Disana Ezio memulakan kariernya sebagai pembunuh upahan. Dengan mencari pembunuh keluarga beliau, dia perlu bunuh juga picisan2 terdahulu (biasa dalam game, bunuh anak2 baru bapak yang keluar). Kali ini merangkumi keluasan yang lebih luas dari sebelumnya, kali ini dia merangkumi beberapa tempat ternama di Itali dan secebis tempat di Rom (pemandangan yang menarik, bagus betol Ubisoft, TERBAEK).Ok, sesudah misi beliau, Desmond melalui Ezio dapat satu informasi rahsia yang serahsia rahsianya, bersambung, alamak bersambung lagi.......
Fakta dari awal hingga akhir:-
1)Peperangan antara Assassin dengan Templar di abad Renaissance
2)Altaïr adalah muslim tetapi Ezio bukanlah muslim, oh... too bad....
3)Freestyle game ala2 pako yang terbaik,melompat, memanjat tapi pelik stamina dia giler kao banyak
Game mechanics: Combat yang diupgrade giler vavih, still tidak kebal, hati2 dgn bar nyawa, reflect yang tinggi dan mudah mengalahkan mush walaupon berpuluh bahtera tentera berkerumun, pandai baca pihak lawan, mudahlah melaluinya. Yeah, freestyle lari berlari ala2 pako juga diupgrade, tapi x semua tempat boleh dinpanjat ye....
Sekali lagi Desmond dikejar oleh doktor gile, eh silap penipu. Beliau sekali lagi terpaksa bertukar tempat persembunyian, kisah selanjutnya akan tiba x lama lagi, tunggu kalau korang x boring....
segala info mengenai game nih boleh didapati disini, kalo dok pahe jugok, boleh je tanye disini, Insyaallah aku bole menolong koghang sume.... ( :
Fakta dari awal hingga akhir:-
1)Peperangan antara Assassin dengan Templar di abad Renaissance
2)Altaïr adalah muslim tetapi Ezio bukanlah muslim, oh... too bad....
3)Freestyle game ala2 pako yang terbaik,melompat, memanjat tapi pelik stamina dia giler kao banyak
Game mechanics: Combat yang diupgrade giler vavih, still tidak kebal, hati2 dgn bar nyawa, reflect yang tinggi dan mudah mengalahkan mush walaupon berpuluh bahtera tentera berkerumun, pandai baca pihak lawan, mudahlah melaluinya. Yeah, freestyle lari berlari ala2 pako juga diupgrade, tapi x semua tempat boleh dinpanjat ye....
Sekali lagi Desmond dikejar oleh doktor gile, eh silap penipu. Beliau sekali lagi terpaksa bertukar tempat persembunyian, kisah selanjutnya akan tiba x lama lagi, tunggu kalau korang x boring....
segala info mengenai game nih boleh didapati disini, kalo dok pahe jugok, boleh je tanye disini, Insyaallah aku bole menolong koghang sume.... ( :
Assassin Creed
Ok, aku tau mende nih dah lama, tapi aku nak share jugak, my opinion, my experience and other related on this game. Aku dah pon khatam dgn game nih beberapa kali, best memang best, x jemu pon main beberapa kali, even till now playing it again (really addicted ~.~). Ok, to the direct my conclusion on this game, game nih mengisahkan perjalanan kehidupan seorang Pembunuh Upahan a.k.a Assassin yang bernama Altaïr Ibn-La'Ahad, memula jeh scene dia dalam situasi misi untuk mendapatkan artifak (alat dahulu kala, ala macam Keris Taming Sari). Misi nih dia gagal dan disebabkan tuh dia di downgrade oleh master dia sendiri dari elite assassin to recruit assassin. Jadi main progress dia bermula dari situ, retrieve balik dia punya status dengan membunuh 9 orang ternama yg berkeliaran di Jerusalem, Acre dan Damascus. Selesai sudah membunuh segala picisan2 tuh, muncul pula dia punye leader, so apa lagi tibai dia punya bontot, bak kata omputeh "kick his ass". Lepas tu, ada lagi la pulak mastermind dia, betol2 master dia nih, lawan la master dia sendiri yg memanipulasi dirinya dan sekutunya demi kepentingan diri sendiri. Ok itu bab menyeluruh.
Fakta game nih, dari awal hingga akhir:-
1)Peperangan antara Assassin dan Templar berabad-abad lamanya
2)Bukan kisah Altaïr sahaja malah sebenarnya kisah seorang remaja bernama Desmond menyelami kisah moyang beliau (ancestor) secara paksa
3)Motif sebenar kewujudan Templar (jahat diorang nih)
Game Mechanics: Ok, game nih bergenre aksi, pukul memukul tapi tak kebal, nyawe mengikut bar, sekali kena pukul hilang satu bar, so kena hati2 sebab musuhnye combo boleh kasi korang mati. Talk about assassin, stealth killer, bunuh penjahat/tentera secara senyap, bila kena kerumun, jgn risau, korang leh defend sampai lebam, dah bunuh apa lagi, kena menyorok atau bunuh jeh tentera/musuh yang menyaksikannye, awas, orang awam xleh dibunuh (jahat la korang nih).
Last but not list (ayat plg popular dikalangan para pensyarah) selesai je tugas Desmond menyelami kisah moyang beliau, korang masih lagi x bebas, apa nih tapi hey, korang still lagi main2 dengan Altaïr punye memori, apa lagi main je korang sampai lebam mata sebab game tuh dh abis bila kuar dianye kredit, biasala tu. Ok turuti bebelan aku dengan kesinambungannya Assassin Creed 2. cehkedaut.....!!!
all info related for this game u can found it out at here
Fakta game nih, dari awal hingga akhir:-
1)Peperangan antara Assassin dan Templar berabad-abad lamanya
2)Bukan kisah Altaïr sahaja malah sebenarnya kisah seorang remaja bernama Desmond menyelami kisah moyang beliau (ancestor) secara paksa
3)Motif sebenar kewujudan Templar (jahat diorang nih)
Game Mechanics: Ok, game nih bergenre aksi, pukul memukul tapi tak kebal, nyawe mengikut bar, sekali kena pukul hilang satu bar, so kena hati2 sebab musuhnye combo boleh kasi korang mati. Talk about assassin, stealth killer, bunuh penjahat/tentera secara senyap, bila kena kerumun, jgn risau, korang leh defend sampai lebam, dah bunuh apa lagi, kena menyorok atau bunuh jeh tentera/musuh yang menyaksikannye, awas, orang awam xleh dibunuh (jahat la korang nih).
Last but not list (ayat plg popular dikalangan para pensyarah) selesai je tugas Desmond menyelami kisah moyang beliau, korang masih lagi x bebas, apa nih tapi hey, korang still lagi main2 dengan Altaïr punye memori, apa lagi main je korang sampai lebam mata sebab game tuh dh abis bila kuar dianye kredit, biasala tu. Ok turuti bebelan aku dengan kesinambungannya Assassin Creed 2. cehkedaut.....!!!
all info related for this game u can found it out at here
Permulaan baru blog
Ehem, Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimah yang menyinggahi blog aku yang x seberapa nih, aku cuba yang terbaik untuk folowup, update apa2 yang patut. Blog nih aku try mengongsi ilmu yang aku ada dari game2 cambest yang penah aku main, so far paling best Assassin Creed, yeah pembunuh upahan yang bergeliga, gila ah..... anyway, i'll try my best, no hope from me ok.....
Subscribe to:
Posts (Atom)

