Followers

Saturday, 10 March 2012

Jati Diri Part 3 - Seni tahap kedua

Fuza dan kumpulannya tiba dikampung bergelar Ilmuan Batiniah, kampung terpencil juga tergolong dari puak Mira, Cyntia dan Inga bersatu. Juga kesemua penduduk kampung ini mahir dengan Ilmu dan Batin bahkan budak kecil.
Di rumah ketua kampung, mereka diceritakan oleh Pak Cheq.
Fuza: Batin? Pertama kali saya dengar seni ini.
Pak: Batin sama dengan Ilmu, cuma ia merangkumi elemen yang lain.
Miria: Elemen?
Pak: Petir, Ais dan Tanah. Biarlah pakcik ceritakan dengan lebih dalam. Maaf kalau ianya terlalu panjang.
Lee: Pendekkan.
*Lee Ondra cuba berjenaka, tiba-tiba dia dicubit Miria Permatang*
Lee: Aduh!! Maafkan hamba!!!!!
Pak: Hamba?
Miria: Tak ada apa-apa, pakcik boleh teruskan.
Pak: Ehem, baiklah. Di bumi ini Ilmu yang sedia ada terdiri dari elemen Angin, Api dan juga Air malah seni bersenjata pula digelar Seni. Malah Seni dan Ilmu bole diguna dengan sekata atau gabungan, dengan lain maksud serangan berelemen.Sesiapa yang mahir dengan seni ini digelar Ilmuan, manakala Batin terdiri dari elemen Petir, Ais dan juga Tanah. Batiniah digelar kepada sesiapa yang mahir dengan seni ini. Namun begitu, Batiniah sangat sukar dijumpai di muka bumi, boleh dikatakan sangat jarang.
Rid: Adakah disebabkan seni ini begitu hebat?
Pak: Tidak, Ilmuan dan Batiniah di tahap yang sama dari segi pemusnah dan pertahanan. Namun, ada disebaliknya.
Fuza: Apa tu pakcik?
Pak: Jika kedua-dua seni ini bergabung dari segi Persefahaman Elemen, Angin dan Petir, Ais dan Api, Tanah dan Air. Dapat melahirkan kuasa perosak tahap kedua, dimana melebihi kuasa perosak Ilmu dan Batin yang ada sekarang ini, ianya tahap pertama.
Miria: Jadi Ilmu dan Batin berada ditahap pertama, gabungan Persefahaman Elemen antara Ilmu dan Batin berada di tahap kedua.
Pak: Betol. Tapi apa yang pakcik risaukan bukanlah yang tahap kedua, malah tahap tertinggi, tahap ketiga.
Fuza,Miria,Rid&Lee: Ketiga?
Pak: Benar, 20 tahun yang lepas, juga semasa ketibaan puak Cyntia di Miriana ini, pakcik dapat rasakan seorang insan yang boleh memahiri tahap ketiga telah dilahirkan. Tapi 10 tahun lepas, pakcik juga dapat rasakan perkara yang sama.
Fuza: Maksud pakcik, ketika puak Inga tiba di Miriana?
Pak: Benar, dan juga keadaan di Miriana sekarang ini, pakcik boleh rasakan ianya berkaitan. Tapi pakcik tiada bukti kukuh. Untuk menangani situasi ini, kita perlukan orang yang mahir dalam tahap ketiga.
Miria: Abang, bukankah abang Fira berumur genap 20 tahun sekarang ini?
Fuza: Betol tu, tahun ini dia memang berumur 20 tahun, tapi, walaupon dia hebat dalam Ilmu Angin dan Seni Pedang Berkembar, mungkin juga orang lain.
Pak: Tidak, 20 tahun lepas, dalam rekod kelahiran, hanya seorang dilahirkan pada tahun itu. Nak, dimana dia sekarang?
Rid: Buat masa sekarang dia tiada bersama kami.
*Fuza memulakan cerita berkaitan dengan larian mereka dan juga Fira Sutra*

Didalam hutan terdapat pertarungan yang tak dapat dielakkan, benar, berbalik semula pada pertarungan antara Fira Sutra bersama Farah Tinia dengan Man Fah bersama Misteri3 dan Misteri5. Pertarungan yang sengit itu melemahkan di pihak masing-masing.
Fira Sutra dan Man Fah bersama Mister5 masing-masing berbalas tikaman dan belahan pedang, sementara Farah Tinia beradu pedang dengan Misteri3.
*Misteri5 dengan yakin cuba membelah bahagian kiri Fira Sutra, tapi dengan pantas Fira Sutra menahan belahan itu dengan pedang di tangan kirinya. Man Fah mengambil peluang dengan cuba menikam Fira Sutra dari bahagian belakang, dengan selaju angin, Fira Sutra dapat tangkap penggerakan Man Fah, dengan selamba pedang di tangan kanannya membalas tikaman pedang Man Fah. Dengan keadaan Man Fah terbuka luas dan Misteri5 terkunci, Fira Suta mengambil peluang ini*
Fira: Seni Pedang Kembar: Pusaran Harimau!
*Pedang Kanan bagaikan cakaran harimau, Pedang Kiri pula bagaikan libasan ekor harimau. Fira Sutra berpusing 360 darjah. Man Fah tertolak kebelakang namun mampu berdiri seberapa jauh mungkin, tetapi Misteri5 terjatuh ketanah. Fira Sutra mengambil peluang ini untuk memberikan serangan muktamat*
Fira: Ilmu Angin Pedang: Tikaman Badai!
*Dengan melontar pedang dikirinya, Pedang Kiri meluru laju kearah Misteri5 dan memberikan beberapa tikaman. Misteri5 jerit kesakitan lalu tersembam ketanah tidak bergerak. Dengan melihat salah satu pedang Fira Sutra tiada digenggamannya, Man Fah mengambil peluang meluru kearah Fira Sutra*
Man: Ilmu Api Pedang: Tikaman Berapi!
*Dengan meluru laju kearah Fira Sutra, pedang Man Fah deselubungi dengan api menuju ke dada Fira Sutra. Fira Sutra tak sempat menoleh ke arah Man Fah, hanya sempat mengelak menggunakan Pedang Kanannya, namun api yang membara mengena bahu kanannya, memberikan kesan bakar yang dalam, Fira Sutra mengetap gigi menahan kesakitan*
Man: Hahahaha, macam mana, api aku akan membakar walaupon didalam tubuh kau.
Fira: Kau dah lupa ke? Ilmu Angin juga boleh memulihkan diri walau sedikit.
*Fira Sutra sambil memegang bahu kanan dengan tangan kirinya, kelihatan sedikit cahaya memulih kesakitan di bahu kanannya*
Man: Kau ingat aku akan beri kau masa?
*Man Fah meluru lagi kearah Fira Sutra, tapi langkahnya terhenti kerana tiba-tiba sahaja ada sebilah pedang meluru cuba menikam mukanya, Man Fah sempat mengelak*
Fira: Kau juga lupa ke? Angin juga mampu mengawal benda dengan hanya penggerakan tangan.
Man: Heh, tapi penggerakan kau mula perlahan, nampaknya kau semakin penat.
Fira: Aku baru saja memanaskan badan.
*Fira Sutra menyahut Pedang Kirinya dengan isyarat tangan, dengan kedua-dua belah pedangnya, dia bersedia dengan serangan lanjut. Fira Sutra cuba menjeling kearah pertarungan Farah Tinia dengan Misteri3, pertarungan tersebut berpihak kepada Farah Tinia. Misteri3 terbaring dengan basah kuyup, Farah Tinia pula terduduk keletihan dengan kesan-kesan luka di badannya*
Fira: Nampaknya hanya tinggal kita berdua. Kau fahamkan maksud aku?
Man: Oh. Kau nak percepatkan pertarungan kita ni ke? Baiklah, kau akan kusaksikan serangan terhebatku.
Fira: Marilah, aku juga.
*Kedua-dua mereka pon meluru. Masing-masing diselubungi dengan elemen masing-masing. Fira Sutra diselubungi pusaran angin yang kuat, manakala Man Fah diselaputi dengan api yang membara*
Man: Ilmu Api Pedang: Tujahan Bintang!
Fira: Ilmu Angin Pedang Berkembar: Gelora Taufan!
*Fira Sutra bertembung Man Fah, dentuman yang kuat kedengaran di tengah-tengah hutan. Beberapa saat kemudian, keadaan mula reda. Kelihatan seorang masih berdiri dengan megah dan seorang lagi berlutut keletihan. Farah Tinia hanya memerhati dari jauh, kemudian tersentak*
Man: Haaaaa..... hahahahaha!!!!!!
*Man Fah gelak besar*
Man: Kau lihatlah, kuasa Angin kau tu hanya mampu memberikan hembusan yang lemah. Kau semakin lemah. FIRA!!!!
*Sambil menjerit, Man Fah memberikan isyarat tangan, dengan tiba-tiba, Fira Sutra diselubungi dengan api yang membara*
Fira: Guah!!!!!!!!!!!!!
*Fira Sutra menjerit kesengsaraan, jeritannya sungguh kuat sehinggakan haiwan-haiwan yang berdekatan lari berjauhan*
Man: Kau harus mati, sama macam ayah kau!!!!!!!
Fira: Ayah?
*Fira Sutra terkenangkan ayahandanya Permatang, bondanya Leanda. Sedikit demi sedikit mayat yang mati sengsara itu begelumang dalam fikirannya*
Fira: Kau.... kau yang bunuh ayah aku!!!!!
Man: Jadi?
Fira: Aaaaaarrrhhhh!!!!!!
*Api di tubuh Fira Sutra semakin membara, bahangnya dapat dirasai Farah Tinia walaupon berjauhan dengan mereka. Farah Tinia tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan dia sudah keletihan, dia hanya mampu dapat berdoa dan melihat Fira Sutra semakin sengsara*
Sekian lama Fira Sutra dibaham dengan api Man Fah, Fira Sutra semakin rasakan sesuatu didalam tubuhnya, sesuatu yang selesa menyelubunginya, seolah-olah mengatakannya supaya jangan mengalah. Fira Sutra semakin tenang, dengan tiba-tiba, satu cahaya kuning mula terpancar dari tubuhnya.

Di kampung Ilmuan Batiniah, Pak Cheq terkejut besar mendengar kisah kecil Fira Sutra juga anak kepada Sutra Mehawara, pahlawan serta ketua tentera kerabat diraja yang masyur dengan nama dan kesetiaannya pada raja. Didapati Raja Permatang ketika itu masih tak dapat anak walaupun sudah 3 tahun berkahwin dengan Permaisuri Utama Leanda. Setahun kemudian dianugerahkan anak yang pertama setelah berkahwin pula dengan Sutra Mehawara, tak di sangka pula lima tahun kemudian lahir anak kedua hasil dari Permaisuri Leanda dituruti pula yang ketiga setahun selepas itu.

*~BERSAMBUNG~*

klik sini untuk mengetahui lebih lanjut

No comments:

Post a Comment