Di tengah-tengah Hutan Pusaka tersergam megah Kubu Tentera hak milik puak Cyntia. Berlakunya pertelingkahan kecil bersebelahan kubu tersebut berakhir dengan memihak kepada Fira Sutra dan juga Farah Tinia. Ketiga-tiga tentera tersebut rebah kebumi tanpa berkata apa-apa. Fira Sutra menarik nafas lega, lalu dibincangnya bersama Farah Tinia.
Fira: Baiklah, ini rancangan aku, kita perlu serbu kubu ini dari dalam dan luar.
Farah: Dalam? Macam mana pula kita ingin serang dari dalam.
Fira: Aku nak mohon maaf terlebih dahulu, aku nak kau menyamar sebagai tahanan, memandangkan aku akan menyamar sebagai salah seorang tentera ini.
Farah: Apa!!!? Apa yang awak cuba buatkan ni? Saya kena berkorban? Apa yang perlu saya buat kalau dah kena tahan nanti?
Fira: Aku tahu tu, tapi bersabarlah ya? Bantuan akan tetap sampai disebelah kau nanti.
Farah: Awak perlu bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi nanti.
Fira: Tak perlu risau.
*Fira Sutra mula memakai pakaian salah seorang tentera tersebut, yang lain-lain hanya disembunyikan disemak berdekatan. Tangan Farah Tinia diikat, didalam hatinya dia masih lagi kurang setuju malah kurang selesa dengan cadangan tersebut*
Fira: Baiklah, semuanya sudah tersedia.
Farah: Huh!!
Fira: Janganlah bermasam muka, nanti terbongkar rahsia.
*Farah Tinia hanya memaling muka*
Penjaga1: Siapa tu?
Fira: Aku ni! Maaf, semasa meronda aku terjumpa dia nih.
Farah: ....
Penjaga2: Mana yang lagi dua? Takkan tumbang kot.
Fira: Yang lagi dua dah mati, dia ni terlampau hebat. Aku pon nasib dapat jugak tahan dia ni.
Penjaga1: Erm, baiklah, kau pegi laporkan pada Kapten Gyro. Perempuan ni pulak suruh yang lain hantar dia ke bilik tahanan.
Fira: Erm, oo..ok.
*Farah Tinia diusung oleh pihak tentera yang lain, manakala Fira Sutra menuju ke bilik kapten yang disebutnya walaupun dia tidak tahu dimana arah bilik tersebut, dia hanya memberi alasan ketandas sebentar sebelum memberi laporan. Berbalik kepada Farah Tinia, dia sudahpun dikurung didalam salah satu bilik kurungan, difikirannya masih penuh dengan tanda tanya, bagaimana Fira Sutra ingin memulakan rancangannya*
Farah: Aduh, apa la yang difikirkannya, apa yang akan terjadi lepas ni? Nasiblah ikatan longgar ni tak diperasan oleh tentera tadi.
*Sedang Farah Tinia berkumat kamit, tiba-tiba sahaja ada pedang miliknya berada bersebelahan dengannya, setahu dia pedangnya itu ditinggalkan dibelukar luar kubu*
Farah: Erm? Macam mana pula pedang aku ni berada dekat sini. Nota apa ni?
*Nota tersebut ditujukan kepadanya berbunyi, "Maafkan aku Farah, setelah kau bersedia, tunggu amaran dari aku, lalu kau boleh bertindak."*
Farah: Oh, lupa pulak aku, dia boleh mengawal segala barangan didalam lingkungan pengawalannya, terima kasih Fira. Erm, bila pulak tanda amaran tu?
*Dengan secra tiba-tiba, kedengaran satu dentuman, Farah Tinia tersentak*
Farah: Baiklah, amaran ini yang dimaksudkannya.
Farah: Ilmu Air Pedang: Belahan Laut!
*Dengan pedang yang diselaputi air, air tersebut membentuk satu bilah sabit lalu membelah kekisi yang menjadi tahanan Farah Tinia. Penjaga yang berdekatan tersentak lalu menghampiri.
Penjaga: Apa yang berlaku?
Farah: Tiada apa-apa. Ilmu Pedang: Tarian Teratai!
*Penjaga tersebut ditikam dan dibelah beberapa kali oleh Farah Tinia lalu rebah tidak bergerak. Dia sedar ini adalah peperangan, perkara yang tidak boleh dielakkan lagi. Farah Tinia terus melangkah kearah yang dapat dia ingat, lalu menuju ke ruang utama kubu. Dentuman tersebut adalah buatan dari Fira Sutra sendiri. Fira Sutra yang sejak dari tadi masih terpinga-pinga lalu mengambil keputusan menuju ke ruang bekalan senjata kubu tersebut. Didalamnya terpikirkan sesuatu lalu dihidupkan api berdekatan beberapa kotak yang penuh diisi gas-gas letupan yang akan digunakan untuk membakar kampung pakciknya keesokan hari.*
Fira: Hahaha, ini yang korang semua dapat jika bermain-main dengan aku.
Tentera1: Apa yang berlaku ni, kau! Siapa kau! Apa yang kau dah buat!
Fira: Hanya untuk mengelakkan sesuatu kekejaman.
Tentera2: Kekejaman? Disebabkan kau kebanyakan tentera pihak kami dah pun terkorban, kau harus bertanggungjawab!!
Elit1: Tak perlu berdolak-dalik lagi, kau harus menerima hukuman.
*Elit1 mula menghunuskan pedangnya, diikuti Tentera1&2.*
Fira: Marilah!
*Sambil menghunus kedua bilah pedangnya, Fira Sutra membuka langkah Seni miliknya, bersedia dalam menghadapi segala rintangan. Farah Tinia kelihatan berlari menuju kearah letupan tersebut*
Tentera3: Kau! Jangan lari!
Farah: Cis! Tak abis-abis lagi, berapa ramaikah dipihak mereka?
*Farah Tinia menghentikan lariannya lalu bersedia.*
Farah: Erm? Inikah dikatakan untung? Kedudukan mereka memang sesuai.
*Farah Tinia memberi isyarat tangan, tangannya dipenuhi gelombang seakan-akan air, lalu dihentamkannya ketanah*
Farah: Ilmu Air: Pancutan Glasier!
*Terdapat beberapa pancutan air keluar dari tanah melambung tinggi tentera-tentera tersebut, dengan kesempatan ini Farah Tinia mengambil langkah.*
Farah: Ilmu Air Pedang: Tarian Duyung Menjulang ke Langit!
*Dengan menuju kearah tentera-tentera tersebut, Farah Tinia seolah-olah menari sambil memberi beberapa belahan pedang. Kemudian dari langit dia menjunam laju ke tanah memberi lagi beberapa tikaman bayangan yang tidak mungkin dapat dilihat mata kasar.*
Farah: Nasib baiklah yang mengejar aku ni cuma tentera-tentera biasa, boleh kalahkan mereka sekali serentak.
Farah: Jadi dimana pula para Elit dan juga Kapten?
Farah: Alamak, Fira dalam bahaya.
*Menyedari keadaan yang mungkin akan dihadapi Fira Sutra, Farah Tinia melajukan lagi lariannya menuju kearah letupan tersebut sekali lagi. Mengharapkan tiada apa-apa yang akan berlaku terhadap Fira Sutra. Fira Sutra dalam keadaan terkepung oleh Elit1 dan beberapa tentera yang lain, seorang demi seorang dapat ditumbangkan oleh Fira Sutra, namun Elit1 masih lagi dapat membalas serangan sambil memberi arahan kepada tentera dibawah naungannya. Serangan demi serangan dilemparkan oleh Fira Sutra. Keadan tidak menyebelahi Fira Sutra dimana dia semakin kearah ruangan sempit yang menyekat penggerakannya.*
Fira: Cis! Tak sangka pulak jadi macam ni.
Elit1: Serah diri sajalah, kau tiada tempat untuk melarikan diri lagi, lagipun ada beberapa lagi yang akan datang. Hahahaha.
Fira: Tak guna, aku harap Farah tak apa-apa. Memandangkan aku sudahpun menarik perhatian para Elit dan juga Kapten.
*Tak sampai beberapa saat, telah sampai ketiga-tiga Kapten dan dua lagi Elit menuju kearah mereka.*
Elit1: Kapten Gyro, Kapten!
*Elit1 memberi tanda hormat.*
Kapten Gyro: Tak sangka aku dapat berjumpa kau disini wahai anak raja.
Fira: Jadi kau rupanya Kapten Gyro, patutlah hati aku kata tak mahu jumpa kau, sebab rupa kau yang buruk tu.
Kapten2: Jangan main-mainlah, kau akan ditahan untuk dihadapkan kepada Tuan Shiguen Fah.
*Keadaan Fira Sutra semakin genting, dia hanya tersenyum sahaja menenangkan diri dan dia yakin dengan kemampuan dimiliki oleh Farah Tinia*
Farah Tinia kelihatan masih lagi menuju ketempat letupan tersebut sambil berdoa agar Fira Sutra masih lagi mampu bertahan. Semakin laju dia berlari semakin resah perasaannya, seolah-olah dia tidak mahu kehilangan orang yang paling penting dalam hidupnya. Mampukah Farah Tinia menyelamatkan Fira Sutra ataupun sekali lagi Fira Sutra mengejutkan keadaan dengan sesuatu yang baru? Kisah ini semakin menuju kearah yang akan mengakibatkan peperangan besar.
*~BERSAMBUNG~*
klik sini macam biasa, semoga terhibur
No comments:
Post a Comment