Ilmuan Batiniah, sebuah kampung terpencil yang mashur dengan penduduk yang mahir dengan Ilmu dan Batin. Fuza Permatang dan yang lain-lain menetap sementara disini. Fuza Permatang bergurukan Pak Cheq untuk mendalami Batin yang terpendam jauh didalam dirinya, elemen yang mana satu masih lagi tidak diketahui. Yang lain-lain pula melakukan kerja-kerja amal dengan membantu penduduk kampung dalam apa-apa jua sekali pon. Sudah genap dua hari Fuza Permatang cuba mendalami Batinnya dengan petunjuk dari Pak Cheq, Fuza Permatang berusaha keras untuk dirinya juga adiknya dan juga demi kesemua penduduk Miriana yang dianggapnya dibawah tanggungjawabnya sekarang. Dia memikirkan kedua-dua ayahanda dan bondanya, abang yang disanjung tinggi, adik yang dikasihi. Semakin lama dia mencuba, semakin hampir dia dapat merasakan Batinnya yang terpendam.
*Fuza Permatang bersama Pak Cheq bertapa didalam gua berdekatan*
Pak: Begitulah nak, pikirkan mereka yang kamu kasihi, rasai kewujudan mereka.
Fuza: Baik...
Pak: Pikirkan bahawa kamu sahaja yang mampu melindungi mereka, pikirkan bahawa hanya kamu sahaja yang dapat menyelamatkan bumi Miriana ini.
Fuza: Hanya aku.....abang........
*Dengan memikirkan Fira Sutra didalam fikirannya, tiba-tiba ada satu samaran cahaya terpancar dari tubuh Fuza Permatang. Pak Cheq menyedari keadaan tersebut*
Pak: Baiklah Fuza, kamu boleh berhenti, jangan memaksa minda kamu sendiri.
Fuza: Baik guru.
Pak: Kamu perlu ingat perasaan tadi, apa yang kamu fikirkan sebentar tadi?
Fuza: Aku memikirkan abangku, aku begitu menyanjunginya, bangga menjadi adiknya.
Fuza: Abangku benar-benar sayangkan bumi Miriana ini, jadi aku menggambarkan bahawa hanya aku seorang yang dapat membantunya.
Pak: Bagus. Teruskan kepercayaanmu terhadap abangmu, dengan ini kamu juga akan dapat mempercayai diri sendiri, tapi ingat, kamu bukan abang kamu. Kau adalah diri kau.
Fuza: Baik guru.
Pak: Baiklah, kita berehat seketika, hari pon dah lewat malam, nanti yang lain-lain risau pula.
*Fuza Permatang bersama Pak Cheq berlalu pergi pulang ke kampung Ilmuan Batiniah*
Sementara itu, Fira Sutra masih bertungkus lumus antara hidup dan mati. Dia seorang masih lagi menahan serangan-serangan yang ditujukan kepadanya. Ketiga-tiga kapten tersebut bersama tiga elit tidak sudah-sudah menyerang, Fira Sutra hanya mampu bertahan, langsung tidak diberi peluang untuk menyerang. Selang beberapa minit kemudian, dia terdengar suara adiknya, benar ketika Fuza Permatang memikirkan dirinya, Fira Sutra seolah-olah dapat merasai kehadiran adiknya itu.
*Fira Sutra berbisik*
Fira: Tak sangka, aku dapat merasakan adik aku tidak berputus asa.
Gyro: Huh, dah nak mati pon masih mengomel. Berang, Sampok. Mari kita gunakan serangan gabungan.
Sampok: Baiklah, dah lama kita tak gunakannya.
Berang: Kau saksikanlah serangan gabungan tiga kapten.
*Gyro, Berang dan Sampok mula mengambil langkah masing-masing*
Gyro: Terimalah!
Berang: Gabungan!
Sampok: Muktamad!
Gyro,Berang&Sampok: Seni Pedang Gabungan: Gigitan Naga Berkepala Tiga!
Fira: Alamak, aku terleka....
*Ketiga-tiga kapten meluru kearah Fira Sutra dari arah yang berlainan, Fira Sutra cuba untuk menahan dirinya namun tidak sempat, namun ada satu bayang tiba-tiba sahaja merapati dirinya*
Farah: Aaaaarrrhhhhh!!!!!!!!!
Fira: Farah!!!!!!!!
*Farah Tinia tidak berfikir panjang lalu menjadikan dirinya sebagai pengganti untuk menyelamatkan Fira Sutra*
Fira: Farah, apa yang kau buat ni.....
Farah: Ma..afkan saya.... saya hanya cuba.... sela...matkan... awak...
Fira: Bodoh, kau tak perlu buat macam ni......
*Farah Tinia hanya tersenyum lalu memegang pipi Fira Sutra yang begelinangan air mata*
Sampok: Heh, sia-sia sahaja serangan kami, tekena picisan pulak.
Gyro: Dah lah drama tu. Mari kita habiskan dia.
*Fira Sutra hanya mampu teresak, menahan sebak. Dalam keadaan begitu Fira Sutra terdengar satu suara. Dia melihat keliling, keadaan sekelilingnya seolah-olah terhenti, hanya kedengaran suara yang misteri*
Misteri: Kau inginkan kuasa?
Fira: Siapa?
Misteri: Aku beritahu kau, inginkan kuasa?
Fira: Ya, aku perlukan kuasa yang dapat aku melindungi orang yang aku sayang....
Misteri: Baiklah, nampaknya kewujudanku dapat kau rasai, kita mempunyai perasaan yang sama, perasaan keadilan, kasih sayang. Akulah Penjaga Langit. Sahut seruanku.
Fira: Penjaga Langit? Seperti aku pernah dengar. Baiklah, berikan aku kuasa, supaya dapat aku melindungi.
PenjagaLangit: Launglah namaku, wahai perwira!!!!!!!!
Fira: Wahai badai, sahutlah panggilanku, wahai kilat, terimalah kwujudanku........
*Ketiga-tiga kapten tersentak diikuti ketiga-tiga elit yang hanya dari tadi memerhati dari tepi. Suatu cahaya kilat berserta deruan angin yang kuat terpancar dari tubuh Fira Sutra*
Fira: Dengan nama Penjaga Langit terimalah kewujudanku, akulah Pejuang Langit!!!!!!!!
Farah: Uh.... kuasa yang amat selesa..... Fira?
*Dengan kuasa yang dibangkitkan, kuasa pemulihan milik Fira Sutra dapat menyembuhkan Farah Tinia*
Farah: Fira? Saya terselamat?
Fira: Farah sila ketepi sebentar, akanku habiskan pertarungan sia-sia ini.
*Farah Tinia tergamam melihat Fira Sutra yang penuh tenang menghadapi situasi berikut, fikirannya penuh dengan tanda tanya, dari mana Fira Sutra dapat kuasa sedemikian*
Gyro: kau bertiga, serangnya serentak.
Elit1,2&3: Baik!!!
Elit1: Kau akan mati dalam genggaman kami!!!!!
Fira: Seni Pedang Kembar: Harimau Mengganas!
*Fira Sutra menghunus kedua-dua bilah pedangnya diikuti dengan beberapa gerakan membelah ketiga-tiga elit tersebut. Ketiga-tiga kapten hanya mampu tergamam melihatkan Fira Sutra mengalahkan tiga elit hanya dengan satu serangan*
Gyro: Tak guna, kau nak mati agaknya.
Fira: Yang akan mati hanyalah tiga ekor cicak sebentar nanti.
Berang: Aaaaaaaarrrrgggghhhhhhhhhh!!!!!
*Berang berasa ketakutan lalu menyerang tanpa tuju kearah Fira Sutra, Fira Sutra memegang secara terbalik kedua-dua bilah pedangnya, adakah itu seni pedang yang baru?*
Fira: Seni Pedang Kembar: Cakaran Naga!
*Pedang dikanan dihayunkan keatas, Berang dilambung kelangit lalu pedang dikiri Fira Sutra menematkan riawayatnya dengan hayunan kebawah. Dengan segera Fira Sutra sekali lagi membetolkan genggaman bilah kanannya, dikirinya dibiarkan terbalik*
Fira: Saksikanlah Harimau dan Naga mengganas.
Gyro: Cis, Sampok mari kita habiskan dia.
Sampok: Baiklah, kau ingat kami takut?
*Gyro meluru bersama Sampok kearah Fira Sutra. Fira Sutra hanya berdiri menunggu peluang*
Fira: Seni Pedang Kembar: Cakaran Harimau dan Naga!!
*Fira Sutra membelah dada Gyro sambil bergerak kedepan lalu menikam Sampok. Kedua-dua kapten tersebut rebah lalu mati. Fira Sutra hanya berdiri, kelihatan rupa yang sedih terpancar dari raut wajahnya, kenapa sebegitu tidak ketahui puncanya*
Fira Sutra kepenatan, kedua-dua bilah pedang terjatuh dari genggamannya, Farah Tinia menyambut lembut tubuh Fira Sutra. Fira Sutra hanya diam kelesuan. Malam tersebut sekali lagi Farah Tinia menyasikan sesuatu yang baru, kewujudan Penjaga Langit dan Fira Sutra adalah Pejuang Langit, apakah kesemuanya itu? Adakah ada berkaitan dengan peperangan yang bakal berlaku? Kisah ini masih lagi berterusan.
*~BERSAMBUNG~*
No comments:
Post a Comment