Kedengaran pertarungan dan berbalas-balas antara senjata, pertarungan yang sengit tak dapat dielakkan lagi. Tidak jauh dari situ, ada sekumpulan yang berlari menyelamatkan diri. Fuza Permatang sambil mengendong adiknya Miria Permatang yang dilindungi oleh Panglima1 dan Panglima2.
Semakin jauh mereka berlari, semakin berkurangan pertarungan itu kedengaran. Mereka tiada pilihan lain, mereka perlu hidup demi mereka yang berkorban, terutama sekali abangnya, Fira Sutra. Masih menjadi tanda tanya kenapa anak raja yang sulung mengambil nama bondanya sebagai nama keluarga. Ia kononnya dikatakan ialah permintaannya sendiri kerana bondanya meninggal dunia setelah dia selamat dilahirkan. Fira Sutra ingin nama bondanya masih terpahat dihati setiap rakyat walaupon bondanya itu Permaisuri Ke2.
Sambil berlari, Fuza teringat segala kerenahnya bersama abangnya. Abangnya yang kurang berminat dengan hal-hal Diraja sering melarikan diri dari kelas pembelajaran diraja, dia lebih berminat dengan seni serangan iaitu Ilmu, cenderong dari bondanya sendiri yang asalnya dari tentera kerabat diraja. Fira Sutra sentiasa memberi alasan untuk bermain bersama-sama Fuza Permatang dan juga Miria Permatang yang masih kecil.
Setelah berjam-jam mereka berlari...
Panglima1: Tuanku Fuza, hamba dapat rasakan deruan angin yang kuat dihadapan.
Panglima2: Menurut tafisiran hamba, terdapat pantai dihadapan, dan berdekatan dengannya patut ada kampung tinggal.
Fuza: Baiklah, kita berehat seketika disana, nampaknya abangku telah menunaikan janjinya, tiada siapa pon yang mengejar kita.
Panglima2: Hamba setuju, sejak dari tadi hamba langsung tak dapat rasa kelibat seorang pon yang mengejar dibelakang.
*Setelah beberapa minit....*
Panglima1: Dah sampai, itu pantainya.
Panglima2: Itu kampungnya, aku harap masih ada lagi bekalan-bekalan yang tertinggal.
Fuza: Baiklah, mari kita berehat seketika, Miria masih belom sedarkan diri lagi. Harap dia sedar keesokan hari.
*Setelah mereka tiba di kampung tinggal tersebut, mereka pon cari tempat teduh yang sesuai dan selamat.*
*Ada sebuah rumah yang cukup besar untuk mereka berempat, malah bekalan makanan yang tertinggal juga terdapat didalamnya*
Panglima2: Sini sesuai untuk kita berehat sampai esok pagi.
Panglima1: Aku pergi cari bahan-bahan untuk membalut luka.
Panglima2: Baiklah, serahkan kat sini kepadaku, hati-hati.
Panglima1: Kau juga. Hamba pergi dulu tuanku.
Fuza: Baiklah, hati-hati.
*Fuza mencari alas atau tikar supaya boleh dibentangkan untuk adiknya, Miria Permatang*
*Sambil membaringkan adiknya, dia berkata*
Fuza: Aku tak sangka, kau mengalami situasi macam tu, ayahanda mati didepan mata kau, aku pula tiada disitu, abang pula tak sempat untuk menanganinya. Bonda Leanda juga tak dapat diselamatkan.
Fuza: Sekarang pula, abang Fira berkorban demi kita berdua, aku tak tahu apa yang perlu aku buat lepas ni.
*Tiba-tiba Panglima1 mencelah, baru sahaja selesai dari mengumpul bahan-bahan perubatan*
Panglima1: Hamba tak bersetuju dengan fikiran tuanku, Tuan Fira bersama Farah. Mereka tentu selamat.
Fuza: Farah? Panglima yang tinggal disisi abang patik?
Panglima1: Ya, Farah adalah salah seorang panglima yang sukar ditumbangkan. Ia juga digelar Taufan Laut, dimana dia mahir dengan segala Ilmu yang berkaitan air dan juga mahir dalam Seni tarian berpedang.
Fuza: Baguslah, patik mula rasa lega. Harap mereka berdua selamat.
Panglima1&2: Betol tu.
*Mereka bertiga senyum bersama-sama. Malam itu, Panglima1 dan Panglima2 bergilir-gilir untuk berjaga, Menghadapi segala situasi yang bakal berlaku*
*Sehingga keesokan pagi, kedua-dua Fuza Permatang dan juga Miria Permatang tidur dengan nyenyak. Kedua-dua panglima itu juga dapat berehat dengan secukupnya*
Miria: Erm...
Panglima2: Tuanku?
Miria: Patik dimana? Ayahanda dengan bonda selamat? Abang? Abang Fira dimana?
*Miria Permatang tertanya-tanya memandangkan Fira Sutra tiada kelihatan*
Panglima2: Tuanku Diraja dan Permaisuri tak sempat diselamatkan, Tuanku perintah hamba dan beberapa panglima istana untuk membawa tuanku berdua bersama-sama tuanku Fira ke tempat selamat.
Miria: Jadi? Dimana abang patik? Fira.
Fuza: Abang tinggal semasa kita melarikan diri demi kita semua.
Miria: Tak mungkin, adik tak nak abang Fira juga...
*Panglima2 menyampuk*
Panglima2: Tuanku Fira takkan mati, lagipon dia terkenal dengan Seni dan Ilmunya yang jarang dilihat.
Miria: Be... betul tu. Jadi sekarang, apa lepas ni?
Fuza: Semasa dalam larian, abang Fira sering katakan ada beberapa kampung dan kawasan yang masih selamat. Salah satunya adalah kampung halaman pakciknya, selang beberapa kampung dari istana.
Miria: Baiklah, kalau abang Fira selamat, dia juga tentu kesana.
Fuza: Betul tu, panglima. Mari kita bersiap-siap. Oh ya, siapakah nama kamu berdua?
Panglima1: Hamba bernama Rid Hagneel, mahir dalam Ilmu seni pedang.
Panglima2: Hamba pulak Lee Ondra, mahir dalam Ilmu seni pedang pertahanan.
Fuza: Huh, patik juga harap boleh memahiri Seni atau Ilmu, tapi tak boleh.
Lee: Di bumi ini tak semua manusia ada Ilmu ini tuanku, tak perlu rasa kecewa.
Fuza: Tak apa, lupakan, mari kita semua berangkat. Disini pon kita tak boleh tinggal lama-lama. Oh ya, luntuhkan segala formal diraja buat masa kini.
Miria,Rid&Lee: Baik!
*Mereka berempat pon bertolak dari kampung tinggal tersebut menuju ke kampung yang disebutkan oleh Fira Sutra, dimana pakciknya ada disana*
Sepanjang perjalanan mereka, tiada kelibat pon atau tanda-tanda mereka diekori atau dipantau oleh puak-puak lain. Walaupon mereka berada dikawasan yang mejoritinya dari puak mereka sendiri, mereka juga perlu berhati-hati. Sampai di kampung pertama, mereka mula menanyakan arah kekampung yang hendak dituju. Setelah banyak bertanya, kebanyakannya penduduk dikampung tersebut tak tahu dimana kampung yang cuba diterangkan oleh mereka. Mereka membuat keputusan untuk bersiap-sedia untuk ke kampung selanjutnya.
Mereka berempat memulakan perjalanan sekali lagi, merempuh gunung-ganang, hutan belukar, padang hijau bersama-sama. Didalam perjalan mereka, Fuza Permatang masih lagi memikirkan bahawa dia juga mahu mahir dalam seni. Setelah lebih kurang 3 hari perjalanan, mereka sampai ke kampung berikutnya. Mereka amat terkejut, dikampung tersebut kesemuanya mahir dengan Ilmu, tidak kurang seorang pon yang tiada dengan Ilmu, bahkan budak kecil juga sudah boleh menggunakan salah satu Ilmu tahap biasa. Setelah mereka diizinkan untuk masuk ke kampung, mereka pon ditujukan ke Ketua Kampung, Pak Cheq.
Pak: Selamat datang ke Kampung Ilmuan Batiniah. Panggil saja saya pakcik.
Fuza: Ilmuan Batiniah? Tak pernah dengar.
Pak: Betol tu, kampung ni memang terpencil, dan kamu juga patut sedar, kampung ni wujudnya tiga-tiga puak sekali, Mira, Cyntia dan juga Inga bersatu.
*Mereka semua terpinga-pinga bagaikan tak percaya*
Rid: Tadi pakcik katakan kampung ini bernama Ilmuan Batiniah, adakah disebabkan semua penduduk ini mahir dengan Ilmu?
Pak: Dan Batin.
*Mereka semua memandang sesama sendiri*
Dengan ketibaan mereka ke Kampung Ilmuan Batiniah, mereka telah dekejutkan dengan Ilmu yang baru, apakah Ilmu ini?
*~BERSAMBUNG~*
klik sini untuk sketsa berikutan
No comments:
Post a Comment