Followers

Saturday, 10 March 2012

Jati Diri Part 4 - MAHA

Di sebuah kampung bergelar Ilmuan Batiniah, dirumah ketua kampung, Pak Cheq tergamam dengan cerita yang diberitahu oleh Fuza Permatang dan lain-lain. Tak disangka, didepannya terduduk dua keturunan diraja Fuza Permatang dan Miria Permatang, lalu ditunduk hormat terhadap kedua-duanya, tapi Fuza Permatang mengatakan tak perlu terlalu formal memandangkan Miriana sekarang dalam keadaan genting.
Pak: Jadi, sekarang Fira adalah penyambung Duli Yang Maha Mulia Raja Miriana?
Fuza: Sepatutnya ya, tapi abang Fira menolaknya, katanya lagi dia tak boleh menjadi raja sekiranya dia ingin membela keamanan sejagat Miriana. Dia tujukan tanggungjawab itu kepadaku, walaupon aku masih tidak tahu menahu selok belok pemerintahan.
Pak: Tidak mengapa, perkara itu akan diusulkan kemudian. Sekarang ini pakcik perlu tahu kedudukan Fira. Perkara ini perlu dipercepatkan kerana pihak lawan adalah pengguna gabungan Ilmu dan Batin tahap ketiga, MAHA.

Kembali semula keadaan pertarungan antara Fira Sutra dengan Man Fah. Man Fah masih bergelak besar sambil menyaksikan Fira Sutra dibaham apinya.
*Sambil tenang, Fira Sutra mengumpul tenaga, dia tak tahu dari mana wujudnya kuasa itu, perlahan-lahan cahaya kekuningan wujud ditubuh Fira Sutra*
Man: Apa? Cahaya apa ni. Terang sangat.
*Man Fah hampir-hampir menutup mata kerana cahaya yang sungguh terang terpancar dari tubuh Fira Sutra. Api yang menyelubungi Fira Sutra semakin padam dari tubuhnya*
Man: Tak mungkin, api aku semakin berkurangan?
*Dengan tiba-tiba, beberapa libasan petir terlihat dari kelompok api yang membakar Fira Sutra, semakin lama smakin berkurangan lalu terpadam*
Man: Tak mungkin, Ilmu apa ini, tak pernah aku lihat. Seolah-olah kilat?
*Fira Sutra masih berdiri lemah, dia melihat kedua-dua bilah pedang tinggalan bondanya Sutra Mehawara, Pedang Kiri dan Pedang Kanan. Kedua-dua bilah pedang tersebut diselaputi kilat dan petir-petir kecil*
Fira: Ilmu apa ini? Kuasanya sungguh selesa. Bonda?
*Satu suara yang dapat dirasai selesa didengar oleh Fira Sutra*
Sutra: Anakku, apabila aku mengandungkan kau, aku dapat rasakan sesuatu kuasa lain terpancar dari tubuhmu, jikalau betul apa yang dikatakan oleh datukmu kepadaku, kuasa ini digelar Batin: Petir. Aku sungguh bangga menjadi seorang ibu kepada yang terpilih, bangkitlah anakku, kau dipilih memiliki kuasa yang jarang, jadi sepertiku, menjaga keamanan sejagat Miriana.
Fira: Baiklah bonda, anakmu ini akan melakukan apa sahaja demi Bumi Miriana tercinta.
Man: Hah? Apa yang kau ngomelkan? Dah nak mati pon kau masih berkumat-kamit?
Fira: Yang nak mati adalah kau.
*Dengan kuasa yang baru diaktifkan, Fira Sutra bangkit dari kelelahannya tadi*
Man: Heh, nampaknya aku masih lagi boleh bergembira.
Fira: Kau patut tarik balik kata-kata kau tadi.
Man: Oohhoo. Pandai kau berkata-kata. Marilah, tunjukkan kepadaku kuasa kau tu.
*Man Fah sekali lagi menyelubungi tubuhnya dengan Ilmu Apinya*
Fira: Dengan nama Penjaga Langit, launglah! Petir dan Angin, BERSATU!
*Kedua-dua bilah pedang milik Fira Sutra diselaputi dengan elemen yang berbeza, dikiri Petir, dikanan Angin. Dengan langkah Ilmunya, dia bersedia*
Man: Heh, hanya pedang, kau nak mampus?
Fira: ...
Man: Tak terkata-kata ke? Terimalah ajal kau. Ilmu Api Pedang: Tujahan Bintang!
*Fira Sutra kedepankan kedua-dua bilah pedangnya, dengan sepantas kilat, dia mendepakan kedua-duanya dengan laju*
Fira: Tahap kedua Angin dan Petir: Laungan Harimau dan Naga!!!!!!!
*Serangan Man Fah langsuh tak mengenai Fira Sutra malah kuasanya lesap sekali dibalas dengan tiupan angin dan renjitan dari petir milik Fira Sutra. Man Fah terpelanting kebelakang jauh dari tempat pertarungan lesap dari penglihatan. Dengan tercungap-cungap bagaikan kekurangan nafas, Fira Sutra terdiri lesu. Hampir-hampir rebah kebumi, dengan pantas Farah Tinia mencapai bahu Fira Sutra, walaupon kepenatan, dia masih mampu memapah Fira Sutra setelah berehat seketika*
Farah: Kau dah menang Fira.
Fira: Ah.. aku dah menang tapi dia masih hidup. Tolong papah aku keluar dari hutan ni, rasa-rasa aku kearah sana adalah pantai, aku dapat rasakan deruan angin darinya.
*Fira Sutra menunjukkan kearah tersebut*
Farah: Baiklah. Lagi molek kalau kita masih sempat bertemu dengan mereka.
Fira: Hah haa...
*Fira terdiam keletihan*
Dengan berbekalkan kudrat yang ada, Farah Tinia memapah Fira Sutra kearah yang ditunjukkan. Selang sejam jam kemudian, Fira Sutra mula sedar dan mula berjalan sendiri tanpa tolongan dari Farah Tinia. Maklumlah, malu juga dia dipapah oleh seorang perempuan. Mereka berdua sambung berjalan kearah yang dituju, masing-masing masih kepenatan, hendak berlari anak juga tidak mampu.

Dirumah ketua kampung bertempatkan kampung Ilmuan Batiniah, Fuza Permatang, Miria Permatang, Rid Hagneel dan Lee Ondra cuba memahami lagi mendalami seni yang wujud di bumi ini. Mereka telah dipahamkan tahap seni tertinggi ada lah tahap ketiga, iaitu MAHA. Gabungan Ilmu dan juga Batin dalam Persefahaman Elemen.
Lee: Jadi, tahap ketiga ini samalah dengan tahap kedua. Masing-masing adalah seni gabungan.
Pak: Tidak, tahap kedua adalah separa gabungan, dimana dua elemen digunakan dalam satu serangan secara berasingan.
Miria: Dan tahap ketiga secara serentak?
Pak: Benar, tapi untuk memahiri tahap ketiga amatlah sukar, perlukan Persefahaman Elemen yang tinggi, baru dapat digunakan dengan serentak. Dan kamu Fuza, apakah elemen kamu? Ilmu atau Batin?
Fuza: Saya tak tahu, sejak dari kecil saya tak tahu apa kuasa saya. Adik saya Miria juga memiliki kuasa angin, cuma saya seorang antara tiga beradik tidak memiliki apa-apa.
Pak: Tak mungkin tu, semua manusia sepatutnya ada elemen masing-masing, tetapi ada yang sukar diaktifkan jika ianya Batin.
Fuza: Jadi, saya ada kuasalah, Batin?
Pak: Benar, biar saya tolong kamu macam mana ingin memahami kuasa Batin yang terpendam.
Fuza: Baiklah pakcik, saya akan buat apa sahaja.
Pak: Bersedialah, ujian saya tegap tahu.
*Fuza hanya menelan air liurnya sendiri setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Pak Cheq itu tadi*
Dengan ini, mereka berempat menetap sementara di Ilmuan Batiniah demi menyaksikan sendri apa kuasa Batin yang terpendam di dalam Fuza Permatang.
Sementara itu Fira Sutra dan juga Farah Tinia telah sampai di kampung pertama setelah selepas berehat semalaman di kampung tinggal berdekatan pantai. Mereka berdua dipahamkan Fuza Permatang dan yang lain-lain telah menuju ke kampung berikut yang kemungkinannya berlainan arah. Fira Sutra dan Farah Tinia meneruskan perjalan untuk bertemu semula dengan Fuza Permatang, Miria Permatang, Rid Hagneel dan juga Lee Ondra.

*~BERSAMBUNG~*

klik sini jika ingin mengikuti kisah selanjutnya

No comments:

Post a Comment