Sementara Fuza Permatang, Miria Permatang, Rid Hagneel serta Lee Ondra menetap sementara di Ilmuan Batiniah, Fira Sutra bersama-sama Farah Tinia meneruskan perjalanan tanpa tentu sama ada bertemu kembali dengan Fuza sekumpulan atau tidak, kerana tidak tahu kemana arah mereka. Fira Sutra mengambil keputusan untuk terus ke kampung pakciknya. Tetapi, adakah disana selamat, atau sebaliknya? Bermacam-macam andaian di fikiran Fira Sutra bermain-main dimindanya. Farah Tinia hanya memerhati dari tadi, lalu menenangkan fikiran Fira Sutra dengan kata-kata semangat. Fira Sutra hanya tersenyum, dengan tiba-tiba Farah Tinia berpaling muka, Fira Sutra hanya pelik.
*Perjalan mereka telah tiba di sebuah hutan. Hutan yang tidak kurang tebalnya. Hutan Pusaka*
Fira: Rasanya betullah arah ini, kampung pakcikku terletak tidak jauh disebalik hutan ini.
Farah: Harap kita dapat tempuh hutan ini tanpa halangan.
Fira: Haha, tak ada apa-apalah, hutan ni memang aman.
*Mereka meneruskan perjalanan. Mula mencari jalan untuk menembusi hutan tersebut*
*Tidak beberapa lama mereka melangkah, mereka tersentak*
Farah: Hutan yang aman ye, jadi apakah ini tuan Fira?
Fira: Alamak, sejak bila pulak hutan ni ada kawanan binatang buas?
Farah: Mula lah tu, menafikan diri sendiri.
Fira: Apa susah, aku ada kau disisi.... kan?
*Farah Tinia menunduk malu*
Farah: Ki... kita dah janji kan, bersama selama-lamanya.
*Fira Sutra hanya senyum, lalu menyerbu kearah binatang tersebut*
Fira: Tunggu apa lagi? Kita harus tempuhnya bersama.
Farah: Ba... baik..!
*Fira Sutra dan Farah Tinia mula menumpaskan beberapa binatang buas, sekurang-kurangnya hutan itu akan kembali selamat semula untuk dilintas oleh lain-lain pihak. Itu apa yang difikirkan mereka*
Mereka meneruskan perjalanan dan tumpaskan segala binatang buas yang didalam lingkungan mereka. Keadaan semakin reda, lalu mereka kembali kearah mereka tuju. Semakin dalam mereka jelajahi hutan tersebut, hari pun semakin malap, mereka tidak sedar malam sudah membasahi Hutan Pusaka.
*Fira Sutra dan Farah Tinia meneruskan perjalanan sambil memerhati tempat yang sesuai untuk berehat semalaman. Tak sangka, mereka ternampak sekelompok cahaya malap di tengah-tengah hutan tersebut*
Fira: Cahaya apa itu? Takkanlah ada kampung ditengah-tengah hutan.
Farah: Saya rasa bukan kampung, macam kubu.
Fira: Kubu?
*Fira Sutra memikir, sama ada itu musuh atau sekutu*
Fira: Ikut aku, kita cuba dekati kubu tersebut dengan senyap.
Farah: Baiklah.
*Mereka pon dengan senyap melangkah ke kubu tersebut*
Kubu megah terpahat di tengah-tengah Hutan Pusaka milik puak Cyntia. Terkibar megah bendera tentera milik puak tersebut. Ada beberapa tentera didalam kubu tersebut, juga ada beberapa elit dan juga tahap kapten didalamnya. Beberapa tentera ditugaskan memerhati keadaan luar kubu, Fira Sutra dan Farah Tinia cuba seberapa dekat yang mungkin untuk mengumpul maklumat apa tujuan kubu tersebut dibina.
*Mereka telah tiba di suatu sudut dimana sebaliknya adalah bilik mesyuarat kubu milik puak Cyntia*
Kapten1: Baiklah, nampaknya segala kelengkapan sudah tersedia.
Kapten2: Aku pon peliklah, kenapa kita patut dengar kata-kata budak tak guna tu.
Kapten3: Maksud kau, Man Fah?
Kapten2: Siapa lagi, anak ketua puak kita tu lah, kenapa kita perlu menyerang kampung terpencil ni, tak ada faedah langsung.
Kapten1: Jangan kata begitu, budak tu pon sudah mencapai tahap elit dalam tentera dengan usia yang muda, aku dengar nanti dia akan ditabalkan tahap kapten pulak tak lama lagi.
Kapten2: Gila. Muda lagi tu, mana ada pengalaman.
Kapten3: Biarlah, aku dengar kampung yang kita akan serang ni kampung pakcik Fira Sutra. Kemungkinan besar dia ada disana bersama adik-adiknya yang lain.
Kapten1: Benar tu, kau patut rasa bersyukur, kemungkinan besar kita bertiga akan dinaikkan pangkat sekiranya berjaya tawan mereka bertiga.
Kapten2: Betol jugak tu.
Kapten1: Baiklah, mesyuarat tamat, bersurai. Demi Tuan Shiguen Fah.
Kapten2&3: Demi Tuan Shiguen Fah.
*Ketiga-tiga kapten tersebut bersurai demi bersedia untuk tawanan kampung esok hari. Fira Sutra hanya diam seketika memikir, apa yang patut dilakukannya. Dengan tiba-tiba*
Farah: Aaa.. Fira. Kamu patut paling kebelakang.
Fira: Kenapa? Aku cadang kita serbu mereka.
Farah: Kalau ye pon nak serbu, tengok la keadaan kita dulu.
Fira: Kenapa pulak ni?
*Fira Sutra tersentak, bila dia pandang kebelakang, sudah ada beberapa tentera mengepung mereka*
Tentera1: Oh... kita lihat apa yang ada disini.
Tentera2: Seorang wanita cantik dan ntahlah.
Fira: Jangan main-mainlah!
*Fira Sutra geram cuba menenangkan diri*
Tentera3: Aku kenal lelaki tu. Dia dikehendaki oleh pihak atasan, Fira Sutra.
Tentera1: Oh... kita bunuh lelaki tu, yang perempuan tu kita simpan. Untuk berseronok......
Tentera2&3: Hahahaha.....
*Fira Sutra hanya tersenyum, Farah Tinia yang dari tadi tidak senang melihat mereka lalu mencubit pinggang Fira Sutra yang senyum dengan tiba-tiba*
Farah: Kamu suka ke dengan perangai mereka? Tak kisah dengan keadaan saya?
Fira: Bukan... bukan... tiba-tiba je terfikirkan sesuatu yang bagus.
Farah: Maksud?
Fira: Nanti aku ceritakan, jangan bimbang, aku tak akan biarkan mereka apa-apakan kau.
*Fira Sutra senyum lalu Farah Tinia tunduk malu, masih tertanya-tanya apakah perasaan ini*
Kelihatan pertelingkahan akan berlaku, antara ketiga-tiga tentera melawan Fira Sutra bersama Farah Tinia. Fira Sutra sedar harus percepatkan perselisihan ini memandangkan mereka berdekatan dengan kubu.
Apakah yang didalam fikiran Fira Sutra? Berjayakah mereka memerangi kubu tersebut dengan hanya berdua sahaja? Selain itu berjayakah Fuza Permatang memahiri Batin yang berada jauh didalam tubuhnya? Segala persoalan ini mungkin terjawab dikemudian hari.
*~BERSAMBUNG~*
klik sini jika ingin mengikuti kisah selanjutnya
Blog ko ker wak?
ReplyDeletea'ah laa, tahun ni jgk buat.... tp kurang active, ada idea melalut la aku...
ReplyDelete