Followers

Tuesday, 13 March 2012

Kasanavoa Penjual Burger Ep1

Malaysia memang terkenal dengan rakyat yang berbilangan kaum, dipecahkan dengan darjat dan harta, orang yang kaya tetap kaya namun yang miskin sebaliknya, jika yang bernasib baik, dapatlah meneruskan kehidupan yang semakin hari semakin kejam. Kali ini mengisahkan seorang insan biasa, penjual burger. Gerai diusahakannya yang diwarisi daripada arwah ayahnya, di usahakan dengan tabah dan gigih, gerai burgernya itu berniaga tidak kira tempat, tanpa arah, hanya beroperasi selepas masuknya waktu Isya' sehingga lewat malam. Fahzri (22) atau nama gelaran Ari, setiap hari menempuh kehidupannya dengan tenang, setiap kerenah insan yang dihadapinya dia menerima dengan sikap yang terbuka, asalkan dia dapat menghabiskan stok burger yang ada pada malamnya itu. Seperti biasa, sesudah selesai solat Isya', Ari dengan langkah kiri keluar dari rumahnya, menunggang motor burgernya menuju tempat yang dilihatnya sesuai, berdekatan kedai mamak, pasar malam, tepi jalan dan sebagainya, dia mempunyai lesen yang sah, jadi dia tidak perlu risaukan jika pihak berkuasa menanyakan perihalnya. Setelah dalam tidak kurang setengah jam dia menunggang, dia berhenti di salah sebuah kedai mamak.
Ari, "Mamak!, Boleh saya berniaga disini hanya untuk satu malam?"
Mamak, "Boleh adik, tada sapa yang mau halang juga, kita sama-sama niaga, sama-sama happy juga..."
Ari, "Thanks mamak, you are the best"
Mamak menunjukkan ibu jarinya dengan sengih lebar, nampaknya Ari dapat meneruskan lagi perniagaannya tanpa halangan, dia bersyukur kepada yang Maha Esa bahawa mengizinkannya meneruskan berniaga. "Bang, adik nak burger special", baru selesai Ari siapkan gerainya, sudah ada pelanggan.
Ari, "Boleh, sapa nama adik manis ni?"
Suria, "Suria bang, kenapa?"
Ari, "Manis nama tu, ni sorang malam-malam ni tak takut ke?"
Suria, "Mak ada, tu kat sana"
Ari melihat kearah yang ditujukan, kelibat seorang makcik tua yang berdiri pon sudah tidak mampu.
Ari, "Ayah tak ada ke, abang? kakak?"
Suria, "Ish abang ni, ni nak buat burger ke nak jadi polis? Saya ngan mak saya je, ayah dah lama mati, akak lak ada tapi tak tahu dah mana pegi tak balik-balik."
Ari, "Oh, ni dari mana ni? Tak balik umah lagi ke?
Suria, "Mak baru abis keja, adik nak burger tu yang mak bagi duit ni beli burger."
Ari, "Oh, adik teman mak ea? Baik adik ni"
Suria, "Huh, mestilah, mak keja kuat adik kena tolong la"
Ari, "Mak keja apa?"
Suria, "Cuci pinggan je, alah, kat kedai makan depan sana tu..."
Ari memandang dari jauh, terlihat kelibat satu restoran melayu tidak jauh dari situ, dari situasi yang dapat difikirkannya, mereka memang hidup susah.
Ari, "Nah dik, burger special dah siap"
Suria, "Brapa bang, nah duit"
Ari, "Ni burger adik, ni balen"
Suria, "Eh, silap ni bang, adik mintak satu, ni dua. Eh abang silap bagi belen ke"
Ari, "Tak ah, abang saja bagi free tuk adik ngan mak adik tu"
Suria, "Tak boleh bang, mak saya tak ajar saya terima barang yang bukan saya punye"
Ari, "Tapi rezki jangan ditolak kan..."
Suria, "Ehm... ok, terima kasih bang...."
Ari, "Ati-ati jalan balik tu......"
Suria berlari anak sambil melambai tangan, Ari hanya membalas. Tersenyum dia melihat budak perempuan yang masih kecil sanggup menolong ibunya untuk meneruskan hidup. Ari meneruskan niaganya, ramai juga yang singgah untuk merasai burger buatannya, ada yang siap puji dengan kesedapan burger Ari tersebut, Ari hanya membalas dengan senyuman ringan. Malam pun sudah menjangkau usia, stok burger Ari pun selesai, Ari bersiap-siap beransur pulang.
Ari, "Mamak! Thanks bagi saya pinjam ruang.."
Mamak, "Aiyooo, no hal lah, suda mau balik ka?"
Ari, "Sudah mamak, hari pon dah lewat malam, esok je saya sambung kerja."
Mamak, "Esok malam sini lagi la, tara tau kenapa, malam ni bisnes saya maaanyaaakkkkk maju ada.. sebelom malam ni biasa-biasa saja."
Ari, "Yaka, baguslah, kena tengok dululah mamak, saya tak bole janji, Assalamualaikum!"
Mamak, "Waalaikumsalam. Manyak baik itu budak, idup susah juga mau kasi sedekah itu orang, bisnes saya pon ok malam ini, sapa itu budak aaa..."
Mamak hanya mengomel seorang diri, penuh dengan tanda tanya. Ari hampir tiba dirumahnya, rumah teres setingkat bersederhana. Dia memakirkan motor burgernya setelah mengunci pagar rumahnya. Memasuki rumahnya, berehat seketika lalu Ari pun terlena di atas sofa ruang tamu rumahnya. Malam yang sunyi mula memenuhi suasana, hanya kedengaran dengusan pernafasan milik Ari. Ari kelihatan penat setelah berniaga. Malam yang sekali lagi Ari dapat teruskan kehidupannya, kelihatan terukir satu senyuman di wajah Ari.

No comments:

Post a Comment