Followers

Sunday, 8 January 2012

Jati Diri Part 1 - Terpisah


Bumi, tempat dimana insan bergelar manusia bertungkus-lumus menempuhi kehidupan yang penuh dengan pancaroma kerenah manusia. Sentiasa sahaja ada perbalahan sesama pihak yang berkaitan antara perkauman. Miriana, salah sebuah negara yang bertamadun era pertengahan juga dalam kekejaman dunia.
Di malam sunyi dengan kegelapan hutan, ada sekumpulan puak sedang berlari tanpa arah tuju. Dikejar oleh puak yang lain seolah-olah peperangan akan berlaku.
Puak yang dikejar adalah puak Mira, populasi tertinggi di Miriana, puak ini juga yang memerintah Miriana. Ada perselisihan antara puak yang mengejar, puak Cyntia, puak yang datang dari jauh mula menetap di Miriana sejak 20 tahun.
Konflik mula berlaku dengan kemunculan pihak ketiga, puak Inga yang juga datang dari jauh menetap di Miriana sejak 10 tahun. Mewujudkan perselisihan fahaman antara dua kaum, Mira dan juga Cyntia dengan mereka cerita puak Mira akan musnahkan dua puak yang lain iaitu Cyntia dan juga Inga.
Berbalik pada sekumpulan yang dikejar tadi, terdiri dari golongan diraja dan kerabat, anak pertama Raja Permatang dengan Permaisuri Ke-2 Sutra bernama Fira Sutra (20 tahun). Bersama dengannya dua lagi adiknya, anak kedua dan ketiga Raja Permatang dengan Permaisuri Utama Leanda bernama Fuza Permatang (15 tahun) silelaki dan Miria Permatang (14 tahun) siadik perempuan.
Fira: Cepat, mereka hampir dekat tuh! Kita perlu sampai dirumah pakcik tak kira apa pun.
Panglima1: Tuanku Fira, patik akan pastikan tuan bertiga akan sampai dengan selamat.
Fira: Panggil aku Fira sahaja. Yang penting kita perlu selamat. Aku mengharapkan kamu bertiga.
Panglima1,2&3: Baik!
Fira: Fuza, kamu tak apa-apa? Kalau kau rasa penat, mari abang gendong kamu juga, lagipon abang dah biasa gendong kamu berdua sekali sejak kecil.
Fuza: Tak perlu, saya masih boleh berlari.
Fira: Baguslah, abang memang perlukan kamu kalau apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Panglima3: Tuan Fira, nampaknya jerat yang ku pasang tadi mengena. Bilangan yang mengejar juga berkurangan walau sedikit.
Fira: Baguslah, tapi nampaknya mereka juga semakin dekat. Agaknya yang kejar kita ni mahir dalam Seni.
Panglima1: Macam mana tuan, hanya kami berempat sahaja yang mahir dalam Seni ni tuan. Dalam anggapanku, mereka kesemuanya mahir dalam Seni, 6 kesemuanya.
Fira: Nampaknya kita takde pilihan lain. Kita perlu....
*Dengan tiba-tiba suatu cahaya terang menghampiri mereka*
Fira: Hati-hati!!!!!!!!!
*Dengan sepantas kilat Fira Sutra kebelakang dan sambil memeluk Miria Permatang, dia belakangkan cahaya tadi*
*Boooooommmm!!!!!! Dentuman yang cukup kuat kedengaran, mereka semua terjatuh kecuali Fira Sutra yang masih menahan serangan tadi*
Fuza: Abang!!!!! Abang tak apa-apa ke?
Fira: Tak apa-apa, serangan ni biasa saja. Dukung Miria sekejap.
Misteri1: Hahahaha..... Serangan aku kau kata biasa saja? Jangan nak tipu lah, kita dah biasa satu lawan satu kan...
Fira: Suara ni, Man Fah!
Man: Hai, Fira.
*Fira Sutra dan Man Fah (20 tahun) bertentangan mata*
Man: Aku tak sangka kita akan bertentangan disituasi macam ni, memandangkan disekolah kita adalah kumpulan Seni yang terhebat.
*Di sini, Seni dikatakan suatu seni tahap serangan, di Miriana, sekolah Seniah dibina untuk mendalami seni ini tergolong dari semua puak dalam satu sekolah. Manakala Ilmu pula seni tambahan yang merangkumi elemen yang terbahagi kepada Api, Angin dan Air*
Fira: Aku pon begitu. Tapi aku nak katakan, puak aku tak macam yang kau dengar, aku pon tak tahu menahu asal usul cerita sedemikian!
Man: Kau masih nak katakan tentang tu? Kau tau, puak aku didapati mati dengan senjata puak kau disebelahnya. Apa lagi kesimpulan yang perlu diambil kira dalam kejadian tu?
Fira: Sebab tu lah, aku wakilkan diri aku untuk siasat perkara ni, memandangkan aku ada kaitan dengan pihak tentera!
Man: Kau, tentera? Aku pon peliklah, sepatutnya kau ditabalkan menjadi raja sekarang ni, memandangkan Yang Dipertuan Tuanku Raja Permatang sudah pon mangkat di bunuh. Aku patut gelar kau Tuanku Fira Sutra. Oh! Maafkan hamba, Tuanku.
Fira: Sudah! Aku tak mahu ingat perkara  tu lagi! Apa yang kau mahu sekarang?
*Fira Sutra masih lagi berdiri didepan sambil pertahankan kedua-dua adiknya, ketiga-tiga panglima berdiri sambil membuka langkah Seni masing-masing disampingnya*
Man: Hanya satu yang aku diperintahkan, ketiga-tiga darah diraja perlu mati.
Fira: Tak guna.
Man: Memandangkan kau dah pon hampir-hampir macam ni, tak perlulah meronta-ronta, serah diri, mungkin kamu semua dapat hidup lama sikit.... kot.
Misteri2,3,4&5: Hahahahaha....
*Fira Sutra sambil menjeling kearah Man Fah dia berbisik kepada Fuza Permatang, adiknya*
Fira: Kau boleh berlari lagikah? Aku nak kau gendong Miria bersama.
Fuza: Apa rancangan abang? Apa yang abang nak buat?
Fira: Aku tak ada pilihan lain, kamu bertiga, aku nak salah seorang dari kamu bersama aku, yang lagi dua, lari bersama kedua-dua adik aku ke rumah pakcik.
Fuza: Fuza tak setuju, kalau kami semua bersatu, tentu dapat mengalahkan mereka semua.
Fira: Bodoh! Itu lah yang mereka nak. Sekurang-kurangnya aku perlu pastikan kau dan Miria hidup.
Fuza: Tak, Fuza tak setuju, abang yang perlu hidup sebab abang akan ditabalkan menjadi Raja Miriana nanti.
Fira: Tidak, Miriana tak perlukan orang macam abang untuk menjadi raja, Miriana perlukan bijaksana seperti kau untuk memerintahnya.
Fuza: Tapi bang.
Fira: Takde tapi tapi lagi. Siapa diantara kamu bertiga yang sudi bersama aku.
Panglima3: Patik tuanku.
Fira: Kan aku dah bagitau tadi, Fira saja dah memadai.
Panglima3: Baik
Fira: Kamu berdua, aku serahkan kedua-dua adikku didalam jagaan kamu berdua, pastikan mereka selamat.
Panglima1&2: Baik!
Fira: Dalam kiraan tiga, kamu berempat perlu berlari sekuat-kuat yang mungkin, jangan bimbang, aku akan pastikan tiada seorang pon dari mereka akan mengejar kamu.
Fuza: Abang, kau perlu hidup.
Fira: Abang tak boleh janji adikku, tapi abang janji, abang akan berada disisi kau, bila-bila masa kau perlukan abang.
Fuza: Janji.
Fira: Em, abang janji. Tolong jaga Miria baik-baik, bagitau pakcik nanti tentang segala-galanya.
Fuza: Baiklah.
Fira: Dalam kiraan tiga, dua....
*Fira Sutra membuka langkah Seninya, begitu juga Panglima3*
Fira: Satu!!!!
*Panglima1 mendahului dalam larian diikuti Fuza Permatang sambil mengendung Miria Permatang diikuti Panglima2 sambil melindungi dibelakang*
Man: Jangan harap nak lari.
*Man Fah sambil mengangkat tangan memberi isyarat*
Man: Kau berdua! Kejar mereka!
Misteri2&4: Baik!
Fira: Jangan harap!!!!!
*Sambil membuat isyarat tangan, tiba-tiba ada suatu kuasa angin terkumpul di kedua-dua tangan Fira Sutra*
Fira: Ilmu Angin: Belahan Badai!!!
*Misteri2 dan Misteri4 tiba-tiba jerit kesakitan, kelihatan ada tanda-tanda belahan pedang atau pisau ditubuh mereka*
Fira: Langkah mayat aku dulu!!!!!
*Panglima3 tergamam sebentar, dan membuka langkah Ilmunya setelah meyakinkan diri*
Fira: Siapa nama kau?
*Panglima3 tersentak*
Panglima3: Hamba? Fa.. Farah tuan. Farah Tinia.
Fira: Baiklah Farah, aku perlukan kau untuk bersama aku seumur hidup.
Farah: Baik!
*Man Fah yang dari tadi terkaku kegeraman, sambil mengetap giginya*
Man: Kau memang nak mati. FIRA!!!!!!
Fira: Marilah, aku masih lagi mampu berdiri, MAN!!!!!
*Man Fah menyerbu kearah Fira Sutra dan Farah Tinia (19 tahun) diikuti Misteri3 dan Misteri5. Pertarungan pon berlaku diantara mereka*
Dipihak yang lain pula, Fuza Permatang dan yang lain-lain masih lagi berlari-lari didalam hutan tebal, mengharapkan mereka sampai ke detinasi dengan selamat.

*~BERSAMBUNG~*


klik sini untuk sketsa sambungan

No comments:

Post a Comment