Ok, kesinambungan kisah si Desmond yang x abis2 suka menyelinap kisah moyang beliau, biasa la.... rare case. Sesudah beliau dpt melarikan diri dari doktor penipu (org Templar), Desmond sekali lagi memasuki alat ala2 menyelami memori yang kali ini menyelami kisah moyang yang kendiannya yakni Ezio Auditore da Firenze. Seorang ternama ketika abad Renaissance, juga seorang assassin yang ternama walaupon dia sndiri tidak tahu menahu yang dia asalnya dari keluarga tersebut. Plot game dari mula,mengisahkan bagaiman Ezio terlibat dalam peperangan antara dua pihak yang x abis2 berkecamuk, Assassin dengan Templar. Awal2 lagi keluarga beliau iaitu ayah, abang dan adik lelakinya digantung bunuh disebabkan tuduhan melampau (Templar mmg pandai putar belit minda orang). Jadi Ezio bersama ibu dan adik pompuannya terpaksa melarikan diri ke bandar kecil berdekatan, tanpa disangka tempat itu adalah base kecil assassin dan juga tempat tinggal pakciknya juga seorang assassin. Disana Ezio memulakan kariernya sebagai pembunuh upahan. Dengan mencari pembunuh keluarga beliau, dia perlu bunuh juga picisan2 terdahulu (biasa dalam game, bunuh anak2 baru bapak yang keluar). Kali ini merangkumi keluasan yang lebih luas dari sebelumnya, kali ini dia merangkumi beberapa tempat ternama di Itali dan secebis tempat di Rom (pemandangan yang menarik, bagus betol Ubisoft, TERBAEK).Ok, sesudah misi beliau, Desmond melalui Ezio dapat satu informasi rahsia yang serahsia rahsianya, bersambung, alamak bersambung lagi.......
Fakta dari awal hingga akhir:-
1)Peperangan antara Assassin dengan Templar di abad Renaissance
2)Altaïr adalah muslim tetapi Ezio bukanlah muslim, oh... too bad....
3)Freestyle game ala2 pako yang terbaik,melompat, memanjat tapi pelik stamina dia giler kao banyak
Game mechanics: Combat yang diupgrade giler vavih, still tidak kebal, hati2 dgn bar nyawa, reflect yang tinggi dan mudah mengalahkan mush walaupon berpuluh bahtera tentera berkerumun, pandai baca pihak lawan, mudahlah melaluinya. Yeah, freestyle lari berlari ala2 pako juga diupgrade, tapi x semua tempat boleh dinpanjat ye....
Sekali lagi Desmond dikejar oleh doktor gile, eh silap penipu. Beliau sekali lagi terpaksa bertukar tempat persembunyian, kisah selanjutnya akan tiba x lama lagi, tunggu kalau korang x boring....
segala info mengenai game nih boleh didapati disini, kalo dok pahe jugok, boleh je tanye disini, Insyaallah aku bole menolong koghang sume.... ( :

No comments:
Post a Comment